KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- KW Group Sdn Bhd akan menganjurkan
Sidang Kemuncak Perdagangan dan Logistik Halal Global Ke-2 untuk
menghadapi cabaran sebenar menghasilkan produk halal dengan jaminan
integriti halal.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=954662
Published: Jun 08, 2013
Program selama dua hari yang akan berlangsung di sini mulai 17 Jun itu,
akan menghimpunkan peserta dari sektor-sektor dalam rantaian nilai halal
termasuk kerajaan, pengeluar, pembekal serta organisasi logistik dan
perindustrian, katanya dalam satu kenyataan Jumaat.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
Malaysia (Matrade), Datuk Wong Lai Sum, dijadualkan menyampaikan
ucaptama pada acara itu.
Sidang kemuncak itu juga akan menampilkan penceramah-penceramah serta
ahli-ahli panel tempatan dan antarabangsa termasuk dari India, Afrika
Selatan, Indonesia dan Pakistan.
KW Group berkata edisi ketiga program ini akan diadakan di Dubai dari 22 hingga 23 Oktober, 2013.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.kwhalal.com
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment