KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Persidangan PKS Asean-Korea, yang
akan diadakan di sini mulai 12-13 Jun, bertujuan membangkitkan semangat
di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia terhadap
pertumbuhan perniagaan Korea Selatan.
Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SidangdedahkejayaanPKSKoreaSelatan/Article
Published: Jun 12, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=955480
Published: Jun 12, 2013
Ketua pegawai eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Hafsah Hashim berkata
persidangan itu akan memperincikan mengenai pertumbuhan dinamik
perniagaan Korea dan bagaimana PKS di rantau Asean boleh meneladani
amalan terbaik dari kisah kejayaan negara itu.
"Persidangan itu yang bertemakan 'SMEs Changing the Game', akan memberi
tumpuan kepada memanfaatkan peluang di Korea Selatan sebagai antara
ekonomi paling maju di rantau Asia.
"Ia juga akan menyediakan satu platform yang mantap untuk perangkaian
dan peluang perniagaan di kalangan industri dan PKS dari Korea Selatan
dan Asean, terutamanya dengan berlangsungnya liberalisasi perdagangan di
bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Asean-Korea (AKFTA)," kata beliau
kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata yang Asean dan Korea Selatan terus mendapat manfaat
bersama daripada perdagangan dan pelaburan dua hala dan komited untuk
kerjasama dan persepakatan di masa hadapan.
Hafsah berkata persidangan itu akan diadakan bersempena dengan Pameran
Tahunan PKS (SMDEX) 2013 selama tiga hari yang akan diadakan mulai esok
(12 Jun).
SME Corp, agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri akan menganjurkan persidangan itu bersama-sama Small and Medium
Business Corp Korea (SBC).
Beliau berkata memandangkan Korea Selatan telah meneroka jalan menjadi
penggerak global ddalam teknologi inovatif, kejuruteraan berat dan
industri kreatif, para peserta boleh mendapat maklumat mendalam daripada
para speaker di persidangan itu.
Dengan berlangsungnya liberalisasi perdagangan di bawah AKFTA, Hafsah
berkata perbincangan akan memberi fokus kepada potensi pertumbuhan
ekonomi dan peluang pasaran yang begitu banyak di kedua-dua ekonomi.
Hafsah berkata sesi pemadanan perniagaan bersemuka (satu dengan satu) akan menjadi acara penting SMIDEX.
"Memasuki tahun yang ke-16, objektif utama sesi ini ialah menyediakan
saluran untuk PKS menjalinkan kerjasama dan perangkaian perniagaan
strategik dengan perbadanan besar dan multinasional.
Beliau juga berkata menerusi sesi seperti ini, PKS boleh mengambil
langkah-langkah sewajarnya untuk menaik taraf teknologi masing-masing
dan mematuhi standard yang disediakan sebaik sahaja mereka mendapat
pemahaman yang lebih mendalam akan keperluan pengguna.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment