Monday, May 13, 2013

Fahami kaedah pembiayaan alternatif

SATU lagi kaedah pembiayaan alternatif ialah menerusi usaha sama dengan jaringan rakan perniagaan yang lebih luas untuk menembusi dan memenuhi permintaan tinggi pasaran antarabangsa.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130511/ek_03/Fahami-kaedah-pembiayaan-alternatif
Published: May 13, 2013

Tanpa kemudahan yang disediakan, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi secara bersendirian secara amnya, mungkin tidak berupaya untuk melangkah jauh.

Apabila berlakunya ketidakstabilan dalam pasaran, risiko untung rugi tukaran asing akan menjadi lebih ketara. PKS boleh melindungi perniagaan daripada kerugian akibat terdedah kepada risiko tukaran asing dengan menetapkan struktur pengurusan risiko tukaran asing.

Mereka boleh mendapatkan khidmat institusi kewangan yang arif dalam pengurusan risiko tukaran asing untuk menyampaikan maklumat terkini pasaran yang bertepatan kerana mereka mempunyai wakil penjual khusus yang amat memahami corak pasaran tukaran asing, selain pasukan produk berstruktur yang berpengalaman dalam urusan opsyen tukaran asing dan produk berstruktur.

PKS boleh mendapatkan khidmat nasihat pengurusan tunai institusi kewangan bagi membantu menguruskan keperluan perniagaan harian masing-masing. Alat pengurusan tunai ini pada asasnya membantu mereka menguruskan aliran tunai dengan mudah dan berkesan sambil memanfaatkan sepenuhnya tunai di dalam tangan. Perkhidmatan yang disediakan termasuk:

--> Perbankan Internet yang pantas dan selamat untuk membantu perniagaan menguruskan akaun masing-masing dengan capaian kepada semua maklumat akaun yang berkenaan di dalam internet.

--> Perbankan internet membolehkan PKS mencapai maklumat akaun untuk pertanyaan baki terkini dan menyempurnakan urusan pembayaran dan kutipan hutang di antara pembekal dan pembeli, merupakan antara perkhidmatan yang boleh menjimatkan kos bagi PKS.

--> Perkhidmatan Pembayaran GIRO untuk pembayaran pukal antara bank, terutamanya bagi pembayaran gaji, tuntutan, bonus dan lain-lain menerusi akaun syarikat dengan bank.

--> Akaun Mata Wang Asing adalah akaun yang membantu PKS mengurangkan pendedahan tukaran asing dengan mendapatkan perlindungan nilai seadanya dalam mata wang yang disediakan.

Dalam persekitaran pasaran yang kurang memberangsangkan masa kini, pengeksport dan pengimport perlu mencari jalan untuk mengurangkan kerugian daripada tukaran asing. Institusi kewangan boleh memainkan peranan sebagai penasihat kewangan untuk membantu mereka menjimatkan kos dan mengurangkan kerugian.

No comments: