KUALA LUMPUR - Satu cara mudah dan berkesan bagi para usahawan muda
Bumiputera menceburi bidang industri telekomunikasi bernilai jutaan
ringgit di Malaysia adalah dengan cara menjadi agen syarikat yang kukuh.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/peluang-usahawan-muda-bumiputera-sertai-bidang-telco-1.96871
Published: October 23, 2012
Pengarah Teknikal dan Pemasaran Hussein Resources Sdn Bhd Adnan S.
Hussein berkata, melalui cara itu, golongan muda itu akan mudah untuk
menyertai industri tersebut dan berusaha meningkat lebih tinggi lagi di
dalam industri itu.
Katanya industri telekomunikasi Malaysia kini bernilai sekitar RM22 bilion.
Katanya syarikatnya, satu agensi telekomunikasi yang diluluskan bagi
pengendali telekomunikasi perdana, mempunyai rancangan untuk membantu
belia sedemikian dengan menyediakan mereka latihan dan peralatan yang
betul untuk berjaya.
“Kami juga boleh mengadakan latihan bagi syarikat kerjasama, persatuan,
kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan lain yang
berminat bagi anggota masing-masing yang berminat menceburi bidang yang
memberikan pulangan lumayan ini," katanya kepada Bernama.
Melalui panduan dan pelan jualan yang betul, Adnan berkata mereka boleh
mendapat pendapatan sehingga RM1,000 hingga RM2,000 sebulan dalam
tempoh masa yang singkat.
Mereka yang berminat boleh menghubungi syarikat itu melalui emel: hussein.resources@redtonemoble.com or call 012-2082194 atau 012-2152556.- Bernama
No comments:
Post a Comment