KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
boleh menjadi syarikat multinasional di masa depan jika mereka
melaksanakan strategi yang betul untuk menjenamakan produk dan
perkhidmatan mereka, menurut Perbadanan Pembangunan Dagangan Luar
Malaysia (Matrade).
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=962061
Published: July 10, 2013
"Dengan penjenamaan yang baik dan sesuai, PKS boleh menembusi pasaran
dan bersaing dengan peserta yang lebih besar di dalam industri," kata
pengarah kanan bahagian pembangunan pengeksport Datuk Dzukifli Mahmud
pada pelancaran awal Persidangan Usahawan Jenama 2013 untuk diadakan di
sini pada 29 Ogos.
Acara itu adalah usaha sama antara Matrade dan Persatuan Penjenamaan Malaysia.
Presidennya Datuk Eric Chong berkata: "Acara itu juga termasuk sesi
pemadanan dagangan di mana syarikat tempatan akan membina hubungan
perniagaan dengan peserta lain."
Selain peserta tempatan, peserta lain termasuk dari Asean, Timur Tengah, New Zealand dan Afrika.
Penceramah termasuk pengarah urusan kumpulan Eversendai Corp Bhd Tan
Sri AK Nathan, presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia Tan Sri
Megat Najmuddin Megat Khas dan ketua pegawai pemasaran Maybank Mohamed
Adam Wee.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.brandingmalaysia.com
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment