Friday, July 12, 2013

PM Umum Penubuhan Panel Penasihat Perniagaan PKS

PUTRAJAYA, 11 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak Hari ini mengumumkan penubuhan Panel Penasihat Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memberi input berkaitan sektor itu dan strategi keusahawanan dalam mewujudkan syarikat bertaraf dunia.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PMumumdefinisibaruPKS/Article
Published: July 12, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/UmumdefinisibaruPKS/Article/index_html
Published: July 12, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130712/dn_02/Definisi-baharu-PKS-diperkenal
Published: July 12, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=962522
Published: July 12, 2013


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (kanan) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan ke-14 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Turut sama ialah Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Hafsah Hashim (kiri).


NAJIB Tun Razak disambut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri) dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (kiri) sejurus tiba bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan Ke-14 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA 

PM umum definisi baru PKS
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan ke-14, di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya, hari ini. Bersamanya ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (kanan). - Foto BERNAMA

Perdana Menteri berkata pengumuman penubuhan Panel itu adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial negara.

"Panel ini akan terdiri daripada usahawan yang terbukti kejayaannya dan tidak semestinya mereka yang terkenal tetapi mempunyai rekod prestasi yang baik serta berkebolehan dan mempunyai masa untuk menyumbang kepada perjalanan panel penasihat ini," katanya.

Ahli Panel itu akan dibentuk juga daripada kalangan mereka dari luar negara, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan di sini hari ini.

"Panel ini akan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan saya juga telah menyatakan kesanggupan untuk menerima dan mendengar laporan mereka dari masa ke semasa," katanya.

Menurut Perdana Menteri, penubuhan Panel itu adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial negara.

Sebanyak 155 program telah dirancang dengan komitmen kewangan berjumlah RM18.4 bilion yang akan memberi manfaat kepada 467,838 PKS.

Perdana Menteri berkata, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang pertama dalam memberi akses kepada pembiayaan, sektor PKS juga telah mendapat kelulusan keseluruhan kekal tinggi pada 88 peratus.

"Lebih daripada 56,000 permohonan berjumlah RM23.2 bilion telah diluluskan di bawah dana PKS Bank Negara Malaysia.

"Sehingga akhir bulan Mei 2013, sejumlah RM2.2 bilion masih belum diguna pakai oleh PKS," katanya.

-- BERNAMA

No comments: