KUALA LUMPUR 29 Julai - Usahawan perlu mempunyai kesedaran risiko dalam menjalankan perniagaan mereka dan menggunakan strategi yang betul untuk menanganinya, kata seorang penceramah mengenai pengurusan risiko.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130730/ek_03/Usahawan-perlu-kenali-risiko
Published: July 30, 2013
Naib Presiden Institut Antarabangsa Pengurusan Risiko dan Strategi
Krisis, Dr. Shamsul Anuar Mohd. Halip berkata, risiko boleh menjadi
positif atau negatif dalam sifatnya bergantung kepada kesan kepada
perniagaannya.
"Ia negatif apabila kesannya memacu kepada kegagalan perniagaan dan
menjadi positif jika anda mampu untuk menghadapi dan melihat peluang dan
menterjemahkan ke dalam hasil," katanya kepada Bernama.
Shamsul Annuar berkata, usahawan, terutama dalam sektor perusahaan
kecil dan sederhana, perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran supaya risiko boleh dikenal pasti dengan betul dan dapat
merangka pelan dan strategi untuk menghadapinya.
"Selain pengetahuan dan kemahiran, ketabahan dan nasib adalah faktor
lain untuk mencapai kejayaan. Ia membantu anda untuk kembali walaupun
anda gagal," katanya.
Antara risiko yang dihadapi oleh PKS ialah kewangan, pengetahuan dan orang ramai, katanya.
No comments:
Post a Comment