Monday, July 1, 2013

Tesco bawa produk tempatan ke Korea Selatan

KUALA LUMPUR - Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, telah membawa 121 produk buatan Malaysia untuk program Cita Rasa Malaysia (TOM) di Korea Selatan, menampilkan 88 produk baharu dan 33 produk lama di tiga cawangan Tesco Homeplus di Yeungdeungpo, Ansan dan World Cup.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tesco-bawa-produk-tempatan-ke-korea-selatan-1.177634
Published: July 02, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/121produktembusiKorea/Article/index_html
Published: July 01, 2013

Foto
HASAN (kiri) bersama Fischer (dua dari kanan) dan Sunghwan Do (kanan) 
menunjukkan produk Malaysia di pasaran Korea.

Ketua pegawai eksekutif Tesco Malaysia Georg Fischer berkata syarikat itu komited untuk terus menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dan membantu mereka mendapatkan pendedahan lanjut di pasaran antarabangsa.

"Sebagai peruncit multinasional utama, Tesco berada pada kedudukan yang strategik untuk menawarkan peluang global kepada pembekal Malaysia.

"Hari ini, kami gembira untuk melihat 15 PKS Malaysia menyertai kami dalam program TOM. Produk ini telah melalui proses dan penilaian teliti untuk memastikan mereka menepati semua keperluan dan persijilan pihak berkuasa Korea," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rangkaian produk terdiri daripada biskut, makanan laut yang dikeringkan, sos, minuman ringan dan makanan sejuk beku serta coklat dan makanan sedia di makan, katanya.

"Memandangkan rakyat Korea dan Malaysia berkongsi banyak persamaan dan kegemaran makanan, kami yakin pelanggan Korea akan menggemari produk TOM," tambahnya.

Tahun ini adalah tahun keempat penyertaan Tesco dalam program TOM. - Bernama

No comments: