KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Pameran perdagangan India
menjejaskan perdagangan dan perniagaan yang sah di seluruh negara, kata
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI).
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/semasa/peniaga-di-klang-mahu-himpun-bantah-pameran-1.182182
Published: July 13, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=962940
Published: July 13, 2013
Menurut dewan itu, ia membantah penganjuran pameran perdagangan seperti
itu kerana kebanyakan kedai yang ditubuhkan di bawahnya biasanya
dijalankan oleh orang asing.
"Kami ragu-ragu sama ada mereka membayar cukai atas jualan semasa
karnival ini. Kerajaan perlu mempertimbang perniagaan yang sah berdepan
dengan perbelanjaan seperti sewa, cukai dan gaji pekerja untuk
ditanggung.
"Perniagaan yang sah menghadapi kesukaran berikutan kekurangan pekerja
dan dikehendaki menjalani proses permit kerja yang ketat," kata MAICCI
dalam satu kenyataan di sini Jumaat.
Dewan itu berpendapat pameran perdagangan itu perlu dihentikan dengan
serta merta untuk melindungi perniagaan tempatan dan pengguna.
Peniaga-peniaga India Malaysia, yang diketuai oleh Pertubuhan Peniaga
Tekstil dan Barang-barang Am India Malaysia, akan mengadakan bantahan di
seluruh negara pada 16 Julai ini di Jalan Tengku Kelana Klang dan di
tempat lain di seluruh negara.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment