Friday, July 5, 2013

Malaysia, negara luar kongsi berita PKS

PERUSAHAAN kecil dan sederhana (PKS) di negara ini bakal menerima liputan media lebih meluas melalui program Kerjasama Berita PKS Global dibangunkan di Malaysia dan disertai negara luar.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/malaysia-negara-luar-kongsi-berita-pks-1.178710
Published: July 05, 2013
Pemenang anugerah SME catat perolehan tinggi
Program dibangunkan oleh akhbar bagi PKS Malaysia SME itu menyasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 10 negara menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia SME, Wayne Lim berkata, setakat ini, program itu telah menerima penyertaan daripada tiga negara iaitu Thailand, Turki dan Brunei.

"Kami sasarkan penyertaan perniagaan penerbitan bagi memudahkan perkongsian berita khusus buat syarikat PKS. Program ini akan beri manfaat kepada PKS melalui perkongsian berita dan maklumat berhubung PKS di seluruh dunia," katanya dalam sidang media pada Persidangan Kongres Malaysia SME 2013, di Setia Alam, semalam.

Menurutnya, Malaysia SME turut menyasarkan menerima 30 penyertaan negara luar untuk program itu pada tahun depan.

Sementara itu, Kongres Malaysia SME 2013 dihadiri 1,000 syarikat PKS dari pelbagai sektor seperti minyak dan gas, kecantikan, hiburan, perniagaan runcit dan logistik.

Antara penceramah bagi kongres sehari itu adalah pengasas Fly Entertaiment Singapura Irene Ang, Pengarah Urusan Enfiniti Production Datin Seri Tiara Jacquelina dan Pengasas Skybus Venture Sdn Bhd Chris S Thiagarajah.

No comments: