Thursday, July 18, 2013

TPP Tingkatkan Persekitaran Perdagangan Yang Selamat Dan Beri Keuntungan Bersama

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan meningkatkan persekitaran kepentingan yang selamat dan saling menguntungkan, sekali gus memberikan peluang yang lebih hebat kepada negara-negara yang menyertai.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=964035
Published: July 18, 2013

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tpp-tingkat-perdagangan-selamat-dan-keuntungan-bersama
Published: July 18, 2013

Dewan Perdagangan Amerika Malaysia (AMCHAM), Majlis Perniagaan Malaysia Kanada (MCBC) dan Dewan perniagaan Malaysia New Zealand (MNZCC) dalam satu kenyataan bersama Rabu berkata yang komitmen kerajaan untuk mempromosikan perdagangan bebas dan pada masa yang sama memastikan kejayaan perundingan TPP dalam iklim ekonomi semasa, adalah lebih penting daripada sebelumnya.

"Komitmen yang kukuh dan meningkat di rantau Asia Pasifik menerusi perundingan TPP akan membolehkan syarikat menghapuskan halangan duplikasi dan yang tidak perlu.

"Syarikat-syarikat juga boleh menyelaraskan operasi secara keseluruhan dan mengagihkan amalan terbaik serantau dan antarabangsa, dan seterusnya, menjalinkan persekitaran perdagangan yang cekap demi manfaat bersama.

"Mendapat hasil yang sedemikian adalah penting bagi memastikan TPP membentangkan satu asas yang cekap untuk integrasi dan perdagangan antarabangsa serantau di masa hadapan," kata mereka dalam kenyataan bersama untuk menyokong Perjanjian TPP.

Ulasan itu dibuat susulan daripada perundingan pusingan ke-18 TPP yang pada masa ini berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.

Badan-badan perniagaan itu berkata sepanjang abad ke-21, Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan rancak yang dikaitkan kepada penyertaannya dalam perdagangan bebas global.

Mereka berkata walaupun Malaysia telahpun terlibat dalam perjanjian perdagangan bebas dua hala dengan empat daripada 11 negara lain, syarikat-syarikat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), melalui peraturan pemusatan dan faedah dengan perjanjian individu masing-masing dan mendapati ia sukar untuk membangunkan amalan perniagaan yang rapi.

"Bagi mengurangkan halangan perdagangan, TPP menangani isu perdagangan baru muncul seperti saling hubung rantaian bekalan, peraturan yang koheren, inovasi dan pembangunan PKS.

"Di bawah TPP, PKS tempatan boleh menggabungkan dengan baik PKS menjadi rantaian bekalan perbadanan multinasional (MNC) dan pada masa yang sama mengguna pakai standard antarabangsa dan mewujudkan peluang baharu untuk industri," katanya.

Sementara itu, dengan gabungan pelaburan yang bernilai berbilion dolar di Malaysia dan di rantau ini, sektor persendirian, yang diwakili oleh AMCHAM, MCBC, dan MNZCC, amat percaya yang perundingan TPP akan menjadi keutamaan kepada kerajaan yang menyertai.

Mereka berkata dedikasi mantap ke atas rangka kerja TPP akan membawa peluang yang besar untuk Malaysia dan rakan negaranya, dengan memperoleh integrasi pasaran yang lebih kukuh untuk persekitaran perdagangan manfaat bersama.

-- BERNAMA

No comments: