L12 Ventures Sdn Bhd, syarikat 100 peratus Bumiputera yang mengeluarkan
kopi dengan jenama Kopi Ranggi optimis mencapai sasaran jualan RM20 juta
menjelang hujung tahun ini.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/l12-ventures-sasar-jualan-rm20-juta-1.187531
Published: July 28, 2013
Danial (tengah) bersama pengedar produk minuman Kopi Ranggi.
Sejak mula memasuki pasaran Februari tahun
lalu, kopi kesihatan itu mendapat sambutan menggalakkan dan telah
terjual sekitar 50 kotak sebulan di setiap negeri.
Ketua Pegawai Eksekutif L12 Ventures, Danial Ariffin berkata, sebagai
syarikat baru yang semakin meningkat naik, adalah membanggakan apabila
produk yang dihasilkan mendapat maklum balas positif di kalangan
pelanggan.
Menurutnya, kopi keluaran syarikatnya adalah berbeza dengan kopi yang
terdapat di pasaran kerana Kopi Ranggi dihasilkan daripada biji kopi
asli import terpilih yang dipilih dengan rapi, dipanggang dan di campur
dengan herba yang baik untuk kesihatan.
“Kami tidak melihat produk ini sebagai produk kopi semata-mata tetapi
lebih kepada gaya hidup dalam kehidupan seharian dan penjagaan kesihatan
khususnya.
“Ini kerana bahan yang terdapat dalam Kopi Ranggi tidak terdapat dalam
kopi harian lain di mana produk kami menawarkan tiga perasa iaitu goji,
pelaga dan ekstrak herba yang mampu memberi kesihatan dalaman yang lebih
baik,” katanya.
Menurutnya, pemilihan kopi sebagai perniagaan utama dipilih berdasarkan
potensi dan permintaan yang besar selain ingin menjadikan Kopi Ranggi
sebagai produk terulung syarikatnya.
Mengambil masa hampir dua tahun untuk penyelidikan dan pembangunan
formulasi kopi dengan nilai pelaburan RM1.6 juta termasuk mendapatkan
bahan serta kajian kes, L12 Ventures lebih mementingkan penghasilan
produk terbaik berbanding nilai pelaburan yang telah dikeluarkan.
Menyentuh mengenai keunikan nama Ranggi yang digunakan, Danial berkata,
nama tersebut diambil daripada perkataan Pulau Pinang yang bermaksud
kesempurnaan yang merujuk kepada formulasi Kopi Ranggi.
Melalui konsep pemasaran menggunakan pengedar dan stokis, syarikat
kini mempunyai tujuh stokis setakat ini di mana Yamal Worldwide Sdn Bhd
adalah pengedar paling utama untuk kopi tersebut.
Sementara itu, Pengurus Pembangunan Produk dan Pemasaran Yamal
Worldwide Sdn Bhd, Mohamad Faizal Mohmad Noor berkata, sebagai pengedar
paling utama untuk Kopi Ranggi, syarikatnya kini memberi tumpuan
pemasaran di Selangor sebelum ke Pulau Pinang dan Johor Bharu tidak lama
lagi.
“Kami juga menyasarkan untuk memasuki pasaran Sabah dan Sarawak serta pasaran di seluruh negara dua tahun lagi,” katanya.
Bagi mengukuhkan lagi operasi, L12 Ventures berhasrat untuk
mengembangkan pasaran Kopi Ranggi ke negara Timur Tengah dan Eropah
dalam tempoh dua tahun.
No comments:
Post a Comment