Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TubuhpanelpenasihatperniagaanPKS/Article/index_html
Published: July 12, 2013
Perdana Menteri berkata, penubuhan Panel itu adalah sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial negara.
“Panel ini akan terdiri daripada usahawan yang terbukti kejayaannya dan tidak semestinya mereka yang terkenal, tetapi mempunyai rekod prestasi baik serta berkebolehan dan mempunyai masa untuk menyumbang kepada perjalanan panel penasihat ini.
Menurutnya, panel ini akan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan saya juga sudah menyatakan kesanggupan untuk menerima dan mendengar laporan mereka dari masa ke semasa,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, penubuhan panel itu sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial negara.
Sebanyak 155 program sudah dirancang dengan komitmen kewangan berjumlah RM18.4 bilion yang akan memberi manfaat kepada 467,838 PKS.
Perdana Menteri berkata, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang pertama dalam memberi akses kepada pembiayaan, sektor PKS juga mendapat kelulusan keseluruhan kekal tinggi pada 88 peratus.
“Lebih daripada 56,000 permohonan berjumlah RM23.2 bilion telah diluluskan di bawah dana PKS Bank Negara Malaysia.
“Sehingga akhir bulan Mei 2013, sejumlah RM2.2 bilion masih belum diguna pakai oleh PKS,” katanya lagi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment