KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Malaysia menjangka 3,000 usahawan
dari lebih 50 negara akan mengambil bahagian pada Sidang Kemuncak
Keusahawanan Global (GES) ke-4 2013 yang dijadualkan berlangsung 11 Okt
ini.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=961467
Published: July 07, 2013
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar
Abdullah berkata GES 2013 akan menjadi platform bagi usahawan
bertukar-tukar idea dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman mereka.
"GES 2013 diadakan supaya kita dapat memperkasakan usahawan kita dengan
pengetahuan dan idea dan ini (GES) juga akan memberi peluang kepada
usahawan Malaysia untuk memajukan perniagaan mereka dengan orang lain
dari palbagai negara," kata beliau pada sidang media selepas melancarkan
program D-Code kementerian di sini, Sabtu.
Program D-Code itu menandakan pengiraan detik pelancaran GES ke-4, yang tidak sampai 100 hari sahaja lagi.
Mohd Irwan Serigar berkata GES 2013 akan menghimpunkan pihak
berkepentingan global daripada keseluruhan ekosistem keusahawan untuk
berkongsi idea dan amalan terbaik serta membangunkan penyelesaian bagi
beberapa isu paling sukar dikawal yang menghalang pertumbuhan perniagaan
dan keusahawanan.
Beliau berkata acara antarabangsa itu akan mewujudkan kerjasama
perangkaian antara usahawan Malaysia dan usahawan lain yang akan membuka
minda para peserta.
"Ia (GES) juga menyediakan perangkaian dan para peserta akan mendapat
perspektif baharu yang akan memberi kesan yang berkekalan," katanya dan
menambah ia juga akan menampilkan sesi yang memberikan maklumat mendalam
mengenai sektor tertentu.
"Akan terdapat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perbankan Islam, pembiayaan dan banyak lagi.
"Penceramah akan berkongsi idea, pengetahuan mereka yang saya pasti para
usahawan akan mendapat inspirasi daripada mereka," katanya.
Beliau menyeru usahawan Malaysia supaya mengambil bahagian secara aktif dalam GES 2013.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment