Thursday, July 18, 2013

Sektor Francais Negara Capai Pendapatan RM25 Bilion

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Perbadanan Nasional Berhad (PNS) hampir mencapai sasaran pendapatan sektor francais negara sebanyak RM25 bilion tahun ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/UnjurindustrifrancaissumbangRM25b/Article/index_html
Published: July 19, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=964128
Published: July 18, 2013



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek berkata pendapatan semasa setakat suku tahun pertama ialah RM24.5 bilion.

"Ini adalah hasil penggalakan koperasi meneroka bidang-bidang baru termasuk meneroka pasaran di luar negeri," katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa PNS, di sini, hari ini.

Hassan berkata PNS dijangka akan meningkatkan sasaran itu tahun hadapan memandangkan sektor francais dilihat mampu memberikan pendapatan luar jangkaan untuk membantu peningkatan hasil dalam negeri.

Mengulas isu kenaikan harga ayam, Hassan berkata kemelut tersebut dijangka selesai dan beberapa langkah penyelesaian akan diumumkan Jumaat ini.

Katanya segala keputusan akan mengambil kira kebajikan pengguna serta pemain industri itu.

-- BERNAMA

No comments: