KUALA LUMPUR 14 Julai - Pameran perdagangan India menjejaskan perdagangan dan perniagaan yang sah di seluruh negara, kata Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI).
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130715/ek_02/Pameran-perdagangan-jejas-perniagaan
Published: July 15, 2013
Menurut dewan itu, ia membantah penganjuran pameran perdagangan
seperti itu kerana kebanyakan kedai yang ditubuhkan di bawahnya biasanya
dijalankan oleh orang asing.
"Kami ragu-ragu sama ada mereka membayar cukai atas jualan semasa
karnival ini. Kerajaan perlu mempertimbang perniagaan yang sah berdepan
dengan perbelanjaan seperti sewa, cukai dan gaji pekerja untuk
ditanggung.
"Perniagaan yang sah menghadapi kesukaran berikutan kekurangan
pekerja dan dikehendaki menjalani proses permit kerja yang ketat," kata
MAICCI dalam satu kenyataan.
Dewan itu berpendapat pameran perdagangan itu perlu dihentikan dengan
serta merta untuk melindungi perniagaan tempatan dan pengguna. -
BERNAMA
No comments:
Post a Comment