Tuesday, July 3, 2012

TM optimis pelanggan PKS meningkat kepada 500,000 menjelang akhir tahun

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tm-optimis-pelanggan-pks-meningkat-kepada-500-000-menjelang-akhir-tahun-1.63397

Published: on 03 July 2012

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd yakin pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)nya akan meningkat kepada 500,000 menjelang akhir tahun, daripada 494,000, sekarang.

Naib Presiden Eksekutif (PKS) TM, Azizi A Hadi, berkata peluasan asas pelanggan akan dicetuskan oleh produk baharu, serta siri jelajah SME BizNet dan SME BizFest 2012 yang berakhir baru-baru ini.

"Semasa siri jelajah yang dijalankan dari Januari hingga Mei itu, kami berjaya meraih kontrak bernilai RM58 juta yang, 90 peratus daripada nilainya, disumbangkan oleh pelanggan sedia ada.

"Pelanggan PKS kami semakin membesarkan perniagaan masing-masing tahun demi tahun. Mereka memerlukan produk dan perkhidmatan baharu kami untuk melengkapkan operasi mereka yang matang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada 17 pemenang cabutan nombor bertuah.

SME BizNet bertindak sebagai platform bagi PKS melibatkan diri dengan TM untuk mempelajari lebih lanjut tentang tawaran-tawaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sesuai dengan perniagaan mereka.

Bagaimanapun, SME BizFest, ditujukan kepada perniagaan yang memerlukan penyelesaian yang lebih profesional. - Bernama

No comments: