Monday, July 2, 2012

Ekspo jana RM22 juta

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/EkspojanaRM22juta/Article/index_html

Published: on 02 July 2012

SME Solutions Expo 2012 yang masuk tahun keempat penganjurannya menjana transaksi mencecah RM22 juta hasil padanan perniagaan di kalangan peserta pameran tempatan dan antarabangsa.

Pengerusi Business Media International, Datuk Mohamad Rozali Isohak berkata, jumlah itu dijangka dapat dicapai kerana terdapat 120 syarikat tempatan menyertai ekspo berkenaan dan 70 syarikat antarabangsa menawarkan perkhidmatan masing-masing.

“Tahun lalu, ekspo ini menjana transaksi RM18 juta dan kami yakin jumlah berkenaan meningkat pada penganjuran kali ini,” katanya. Ekspo yang berlangsung pada 28 hingga 30 Jun lalu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, antara industri yang turut serta dalam pameran itu ialah rumusan teknologi maklumat, syarikat kewangan dan agensi kerajaan yang menawarkan perkhidmatan kredit.

“Sebagai contoh, terdapat agensi kerajaan akan membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapatkan maklumat kredit syarikat masing-masing bagi memastikan sama ada mereka mempunyai rekod kewangan baik atau tidak.

“Ini secara tidak langsung membantu PKS mendapatkan penyelesaian sewajarnya sekiranya berhadapan masalah kewangan terutama dalam mendapatkan pembiayaan,” katanya.

No comments: