Saturday, July 21, 2012

Mara sedia RM11j untuk Pulau Pinang

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0721&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm

Published: July 21, 2012

ABDULLAH Ahmad Badawi menyampaikan cek pinjaman Mara kepada 
seorang peniaga kecil di Penaga Kepala Batas Pulau Pinang, semalam.

KEPALA BATAS 20 Julai - Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan RM11 juta untuk pelbagai pinjaman perniagaan di negeri ini tahun ini.

Pengarah Mara negeri, Yahaya Sani berkata, daripada jumlah peruntukan itu, RM6 juta untuk membantu pemborong binaan dan usahawan, RM3 (Usahawan Kecil Dinamik), RM4 juta (Skim Jaminan Usahawan Mara) dan RM1 juta untuk pelbagai jenis perniagaan lain.

Beliau berkata, setakat ini RM4.8 juta telah disalurkan kepada 56 usahawan manakala RM1.82 juta telah diberikan kepada 256 usahawan UKD di negeri ini.

"Kebanyakan usahawan UKD mendapat pinjaman sehingga RM10,000 dengan bayaran balik dalam tempoh dua hingga lima tahun," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Cek Pinjaman Mara yang disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga, dekat sini hari ini.

Yahaya berkata, pinjaman itu diberikan kepada usahawan yang sedang menjalankan perniagaan bagi membolehkan mereka meningkatkan pendapatan.

Selain itu, tambah beliau, Mara juga memberikan pendahuluan pinjaman pelajaran kepada pelajar negeri ini yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tahun ini.

Jelasnya, setiap pelajar diberikan pendahuluan sebanyak RM2,000 membabitkan peruntukan berjumlah RM600,000.

"Seramai 400 pelajar dijangka menerima pendahuluan itu bagi meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan ke menara gading," katanya.

No comments: