Tuesday, July 10, 2012

Pelan induk 8 tahun maju PKS

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelaninduk8tahunmajuPKS/Article/index_html

Published: on 10 July 2012

LANCAR...(dari kiri) Presiden Kebangsaan  Persatuan PKS,  Teh Kee Sin, Mukhriz dan  Pengerusi Anugerah Pengiktirafan PKS, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas ketika pelancaran anugerah, semalam.
LANCAR...(dari kiri) Presiden Kebangsaan Persatuan PKS, Teh Kee Sin, 
Mukhriz dan Pengerusi Anugerah Pengiktirafan PKS, Tan Sri Megat 
 Najmuddin Megat Khas ketika pelancaran anugerah, semalam. 

PELAN Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2012-2020 akan menentukan hala tuju PKS dalam tempoh lapan tahun akan datang untuk mencapai sasaran sektor bagi meningkatkan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 41 peratus daripada 32 peratus pada masa ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, untuk pelan induk yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 12 Julai ini memberi tumpuan kepada syarikat yang berdaya saing khususnya daripada segmen inovatif.

“Pelan induk ini akan menentukan dengan jelas di mana kedudukan yang perlu dicapai dalam tempoh lapan lagi yang seterusnya membantu usahawan menjangka apa yang perlu dicapai,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran rasmi Anugerah Pengiktirafan PKS 2012 di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, pelan induk berkenaan antara lain dijangka memberikan perkhabaran baik untuk usahawan PKS dan ia disifatkan lebih baik daripada insentif.

“Insentif adalah satu cara untuk menggalakkan usahawan terus bergiat aktif dalam bidang masing-masing, namun apa yang akan diumumkan nanti adalah lebih baik daripada sekadar insentif,” katanya.

“Pengumuman itu nanti akan menjadi penanda aras perubahan sektor PKS bagi menyiapkan usahawan bersaing dalam pasaran yang lebih kompetitif,” katanya.


Setakat ini, terdapat dua dana utama diberikan kepada PKS yang diperuntukkan di bawah Bajet 2012 iaitu Dana Inovasi Pengkomersialan Patuh Syariah berjumlah RM500 juta dan dana RM2 bilion untuk menyediakan PKS yang layak bergiat dalam aktiviti perniagaan patuh syariah.

No comments: