Tuesday, July 3, 2012

FIM 2012 satukan peniaga tempatan, antarabangsa

KUALA LUMPUR 2 Julai - Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2012 yang dianjurkan buat kali ke-19 pada 6 Julai ini buat pertama kalinya akan mengadakan sesi penyatuan perniagaan antara usahawan tempatan dan juga luar negara.

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm
Published: on 03 July 2012

Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Abdul Malik Abdullah berkata, sebelum ini penganjuran FIM hanya fokus kepada pameran produk dan perkhidmatan berkaitan francais tetapi kali ini perubahan telah dilakukan.

Katanya, FIM 2012 akan membawa masuk persatuan peniaga dari beberapa negara seperti Taiwan, Singapura dan Thailand untuk dipertemukan dengan usahawan tempatan yang berminat untuk mengembangkan perniagaan ke negara-negara berkenaan.

"Selain sesi penyatuan perniagaan berkenaan, FIM 2012 turut membawa masuk penceramah terkemuka dunia.

"MFA mahu melahirkan lebih banyak usahawan tempatan yang berjaya di luar negara atau membawa jenama luar ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pengumuman tiga penaja baru FIM 2012, di sini hari ini.

Penaja tersebut adalah Chevron Malaysia Ltd., Marrybrown dan Daily Fresh.

No comments: