Thursday, July 5, 2012

Kordial buah, sayuran asli

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kordialbuah_sayuranasli/Article/index_html

Published: on 05 July 2012
Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

UNITED Beverage Sdn Bhd (United Beverage), pengeluar dan pengilang pelbagai jenis kordial, jus pekat serta jus buah memperkenalkan empat produk baru iaitu Sun Up Gold dengan empat perisa campuran buah dan sayuran yang pertama dikeluarkan di negara ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Zasmadey Zahari berkata, empat produk itu ialah perisa Kiwi Cucumber (campuran kiwi dan timun), Mango Karot (campuran mangga dan lobak merah), Casablanca (campuran buah Tropika) dan Mixed Berry (campuran buah beri dan strawberi).

“Kami menawarkan alternatif minuman yang lebih sihat kepada pengguna dengan menggabungkan perisa buah serta sayuran kerana produk berkenaan tidak menggunakan pewarna serta perisa tiruan, sebaliknya menggunakan puri buah segar yang diimport dari Eropah dan Brazil.

“Selain mengandungi ekstrak 28 jenis buah dan sayuran, Sun Up Gold turut mengandungi antioksida,” katanya di kilang United Beverage di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

Beliau berkata, produk berkenaan yang mula dipasarkan sejak dua bulan lalu boleh didapati di semua pasar raya terkemuka di negara ini selain dieksport ke negara Asia, Eropah dan Timur Tengah.

Selain Sun Up Gold, Universal Beverage turut mengeluarkan beberapa produk seperti kordial dan sirap 7 Rings, jus pekat Sun Up, jus minuman Hobury serta jus buah-buahan SunBerry.

No comments: