Saturday, July 7, 2012

HPA - Sasar Radix dijual 40,000 peket sehari

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sasar-40-000-peket-sehari-1.64283

Published: on 07 July 2012

Sasar 40,000 peket sehari
Ismail menunjukkan Kopi Radix

Pengeluar Kopi Radix, HPA Industries Sdn Bhd optimis dapat meningkatkan pengeluaran produknya bagi tahun 2013 sehingga 40,000 peket sehari apabila dua kilang baru di Jawi, Perlis, siap dibina.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Ismail Ahmad berkata, tahun ini, syarikat mampu menanggung kapasiti pengeluaran sehingga 22,000 peket sehari berikutan permintaan menggalakkan.

Menurutnya, Kopi Radix adalah antara produk tertinggi permintaannya berbanding tiga yang lain iaitu Kopi Diet, Radix Koko dan Bijirin Radix.

“Kini, syarikat berhadapan dengan masalah penjualan Kopi Radix tiruan di pasaran. Sekiranya cetakan pengeluar tertera Radix Industri, ia adalah palsu.

“Kopi Radix asli akan tertera nama syarikat kami iaitu HPA Industries Sdn Bhd pada belakang bungkusan dan hanya dijual di cawangan HPA atauahli terlantik,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya.

Ismail berkata, bagaimanapun,bperolehan tahunan syarikat bagi Kopi Radix merekodkan RM50 juta dan pemasarannya telah menembusi Brunei, Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Filipina dan Singapura.

Katanya, jualan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa masing-masing menyumbang sebanyak 50 peratus kepada perolehan syarikat.

No comments: