Wednesday, July 4, 2012

ALASKA Marketing Sdn Bhd (Alaska Marketing), syarikat Bumiputera Cetus fenomena

LASKA Marketing Sdn Bhd (Alaska Marketing), syarikat Bumiputera sepenuhnya yang terbabit dalam pengedaran produk kosmetik, melancarkan tiga produk utama iaitu Alaska Gold, Alaska Miracle Spray dan Beauty Queen Secret Diary.

Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012070403203620120704032036/Article/index_html
Published: on 04 July 2012

Pengasas dan Pengarah Urusan Alaska Marketing, Wan Siti Hajar Wan Ismail berkata, pihaknya memulakan perniagaan kecil-kecilan di laman sosial facebook dan ia berupaya mencetuskan fenomena ‘Alaska’ di kalangan ribuan pengguna produk keluaran syarikat itu.

“Produk buatan tempatan ini dihasilkan menggunakan bahan asas yang diimport dari luar negara dan mendapat perakuan Kementerian Kesihatan, sijil halal serta pembikinan dari kilang bertaraf ISO,” katanya pada majlis pelancaran produk dan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di Pusat Konvenyen Shah Alam, baru-baru ini.

Katanya, pada majlis MoU itu, syarikatnya dilantik menjadi rakan strategik Tekun Nasional dan persetujuan dibuat atas keyakinan produk keluaran syarikat itu mampu pergi lebih jauh selain berupaya menembusi pasaran antarabangsa kerana strategi pemasaran serta kualiti produknya bertaraf lima bintang.

“Sehingga kini, produk Alaska mula memasuki pasaran di tiga negara apabila melantik wakil pengedarnya iaitu di Dubai, Shanghai, dan Paris sebagai destinasi pasaran antarabangsa pertama. “Kami akan cuba memasuki pasaran Indonesia serta Korea pada tahun depan,” katanya.

Menurutnya, produk itu menggunakan konsep lantikan stokis negeri dan substokis untuk pasaran tempatan.

Sesiapa yang berminat mendapatkan produk Alaska melalui pengedar terdekat boleh melayari laman sosial facebook dengan alaskamarketing atau laman web www.alaska.com.my.

No comments: