Saturday, July 7, 2012

Mahathir kongsi resipi berjaya dalam perniagaan francais

Source From (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mahathir-kongsi-resipi-berjaya-dalam-perniagaan-francais-1.64502

Published: on 07 July 2012

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, usahawan perlu jujur dan berdisiplin serta mampu membayar balik pinjaman dengan kadar segera, selain mempunyai pengurusan yang terancang untuk berjaya dalam perniagaan francais.

Beliau berkata, tidak mustahil untuk mencapai kejayaan selagi usahawan yang terlibat tahu bagaimana menguruskan perniagaan mereka.

"Usahawan kini tidak mempunyai masalah untuk memulakan perniagaan kerana bank tempatan sedia menawarkan pinjaman berbanding pada masa lampau yang mana seseorang itu perlu memiliki simpanan walaupun sekadar menjual goreng pisang.

"Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika menjual goreng pisang semasa saya masih muda," katanya ketika menutup persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

Dalam ucapannya yang berkisar pada tema 'Of Businessman and Entrepreneur: The Silver Lining Within", Dr Mahathir berkata, perniagaan francais menjana kekayaan bukan hanya kepada usahawan malah untuk negara.

Dr Mahathir merupakan penaung Persatuan Francais Malaysia.

Beliau juga berkata usahawan perlu mengelak daripada memilih jenis perniagaan yang sama atau memasarkan produk serupa kerana mereka akhirnya akan berdepan persaingan tidak sihat.

"Inilah sebabnya kenapa anda perlu merancang perniagaan anda terlebih dahulu dengan memilih produk yang betul dan mempunyai permintaan tinggi selain mencari lokasi terbaik," katanya sambil menambah hampir semua kedai di pusat beli-belah ketika ini menjual produk yang sama. - Bernama

No comments: