Saturday, July 14, 2012

Gabem sokong Pelan Induk PKS

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/gabem-sokong-pelan-induk-pks-1.66370

Published: July 14, 2012
Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) menyokong pelancaran Pelan Induk perusahaan kecil sederhana (PKS) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.

Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, pelan induk lapan tahun iaitu dari 2012 sehingga 2020 dianggap langkah bijak yang mampu lonjakkan sumbangan PKS kepada ekonomi negara.

"Gabem yakin sasaran pertingkatkan sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 32 peratus pada 2010 kepada 41 peratus pada 2020 akan tercapai melalui enam program berimpak tinggi," katanya, semalam.

No comments: