Wednesday, July 4, 2012

Usahawan bumiputera tidak dipinggir

MELAKA 3 Julai - Golongan usahawan bumiputera di negeri ini tidak ketinggalan dalam arus pembangunan pesat walaupun ia masih dikuasai bukan Melayu.

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm
Published: on 04 July 2012

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, terdapat empat sektor yang mendapati usahawan bumiputera berjaya melepasi 30 peratus penglibatan sehingga Jun lalu iaitu dalam sektor pembuatan, peruncitan, perkhidmatan, restoran dan perhotelan.

Menurutnya, bagi pegangan harta tak alih, golongan bumiputera masih tinggi berbanding kaum-kaum lain di negeri ini.

''Bagi pemilikan terhadap projek-projek pembangunan komersial dan perumahan, kuota bumiputera terus dipertahankan di bawah dasar-dasar Pembangunan Tanah Negeri Melaka," katanya.

Mohd. Ali (BN-Bukit Baru) menjawab soalan Roslan Ahmad (BN-Merlimau) yang bertanya apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan kaum bumiputera tidak ketinggalan dalam arus pembangunan di negeri ini.


Beliau berkata, bagi menjaga kepentingan pemilikan bumiputera, pelepasan kuota masih dapat dikawal dengan mengetatkan syarat-syaratnya.

Katanya, antara syarat-syarat tersebut ialah mendaftar dengan Lembaga Perumahan Melaka serta pelepasan bagi setiap projek iaitu 30 peratus lot kediaman dan 10 peratus perniagaan luar bandar.

Bagi kawasan bandar kata Mohd. Ali lagi, pelepasan yang diberikan adalah sebanyak 10 peratus bagi lot kediaman dan perniagaan.

Menjawab soalan tambahan Roslan mengenai perancangan kerajaan negeri untuk menjual anak-anak syarikat kepada bumiputera yang berkelayakan untuk menambah pemilikan mereka, beliau berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan ke arah itu.

No comments: