Wednesday, July 11, 2012

Datuk Lim Hock San menang Anugerah Usahawan Terbaik

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/datuk-lim-hock-san-menang-anugerah-usahawan-terbaik-1.65681

Published: July 11, 2012

KUALA LUMPUR – Datuk Lim Hock Sam, Pengarah Urusan LBS Bina Group telah memenangi Anugerah Keusahawanan Terbaik Asia Pasifik (APEA) Malaysia 2012 malam ini.
  
Pengerusi Entreprise Asia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn berkata ramai daripada pemenang anguerah itu bukan sahaja para usahawan cemerlang malah juga pejuang tonggak Enterprise Asia, yang termasuk melakukan pelaburan terhadap para pekerja dan merupakan usahawan bertangung jawab.
  
“Malaysia berdiri sama tinggi di dalam ekosistem keusahawanan," katanya semasa majlis penyampaian Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik 2012 Malaysia.
  
APEA mengiktiraf para pemimpin utama perniagaan dan usahawan.
  
Anugerah tahunan anjuran Enterprise Asia, satu badan bukan kerajaan bagi keusahawanan itu, disokong oleh kerajaan tempatan dan dewan-dewan perniagaan.
  
Pemenang lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Mutual Bhd Sheila Halim yang dinamakan pemenang Anugerah Keusahawanan Harapan manakala Pengerusi Eksekutif Encorp Bhd Datuk Seri Effendi Norwawi sebagai pemenang Anugerah Keusahawanan Cemerlang.
  
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dengan mengambil kira keadaan ekonomi global masa kini, para usahawan perlu memastikan mereka memainkan peranan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi.
  
“Salah satu caranya ialah untuk memastikan lebih banyak badan yang cekap, meneroka perkongsian pintar di dalam negara, menyelaraskan rantaian bekalan anda dan mencari cara-cara meningkatkan kecekapan di dalam pertubuhan anda," katanya
  
Teks ucapannya dibaca oleh timbalannya, Datuk Rohani Abdul Karim. - Bernama

No comments: