Friday, November 30, 2012

Human Capital Plays Vital Role In Progression Of Economy, Society, Says Yee

KOTA KINABALU, Nov 29 (Bernama) -- Sabah Deputy Chief Minister Datuk Dr Yee Moh Chai says human capital plays a vital role in the progression of economy and society.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=712546
Published: November 30, 2012

He said without the "human" in the equation, nothing will move, adding, "we can no longer treat humans as just another resource".

"Rankings within an organisation are just that, rankings. It does reflect the fact that the higher you are in the ranks, the better you can be.

"Often times, excellent ideas come from the least expected source, the juniors, general workers, and counter staff and basically, the grassroots.

"The reason is simple. These are the people constantly in touch with reality and they do form the majority of society," he said when launching the Sabah Entrepreneur Day (SEeD) Summit at 1Borneo, Likas, near here Thursday.

-- BERNAMA

Modal Insan Main Peranan Penting Dalam Kemajuan Ekonomi, Masyarakat, Kata Yee

KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) -- Modal insan memainkan peranan penting di dalam kemajuan ekonomi dan masyarakat kerana tanpanya tiada apa akan dapat dilaksanakan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=712552
Published: November 30, 2012

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Yee Moh Chai berkata "kita tidak boleh menyifatkan manusia sebagai satu lagi sumber."

"Kedudukan dalam sesuatu badan hanya bermakna kedudukan itu. Ia hanya mencerminkan hakikat bahawa lebih tinggi kedudukan anda pada kedudukan itu, anda berada pada kedudukan lebih baik."

"Kebiasaannya, idea cemerlang datang dari sumber yang paling kurang dijangka, iaitu dari kumpulan bawahan, pekerja am dan petugas kaunter dan secara asasnya, golongan akar umbi."

"Sebabnya mudah sahaja. Terdapat orang yang kebiasaannya sentiasa berdampingan dengan realiti dan mereka membentuk majoriti masyarakat," katanya semasa melancarkan Sidang Kemuncak Hari Keusahawanan Sabah (SEeD) di 1Borneo, Likas, dekat sini Khamis.

-- BERNAMA 

Sektor Swasta Akan Sumbang Ke Arah Meningkatkan Penyertaan Wanita Dalam Tenaga Buruh

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Sektor swasta kemungkinan menyumbang lebih kepada sasaran kerajaan dalam meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja kepada 55 peratus menjelang 2015, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Khamis.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=712703
Published: November 30, 2012

Beliau berkata yang sektor awam telahpun melaksanakan tugasnya dengan baik dalam isu ini dan itulah sebabnya mengapa kerajaan mengharapkan penyertaan tambahan golongan wanita daripada sektor swasta.

"Sektor swasta perlu tambah lagi pekerja wanita," kata beliau dalam persidangan akhbar selepas merasmikan laporan "Malaysia's Economic Monitor" Bank Dunia bertajuk "Merealisasikan Potensi Wanita".

Setakat tahun lepas, kadar penyertaan wanita telah meningkat kepada 47.9 peratus daripada 46 peratus pada 2010, kata menteri itu.

"Meskipun peratusannya rendah, berbanding dengan negara lain yang mempunyai paras pendapatan yang serupa, kualiti tenaga kerja wanita kita amat tinggi," kata beliau.

Nor Mohamed berkata Perjanjian Pembaharuan Semula kepada Perjanjian Rangka Kerja untuk melanjutkan kerjasama dengan Bank Dunia untuk tiga tahun lagi mulai tahun depan telahpun dimeterai.

-- BERNAMA

Ok Group Sasar Jualan Rm1.5 Juta Enam Produk Baharu Pada Suku Pertama 2013

MELAKA, 29 Nov (Bernama) -- Syarikat pengeluar minuman herba tradisional, Orang Kampung Holdings (M) Sdn Bhd (OK Group) menyasarkan nilai jualan RM1.5 juta untuk enam produk terbaharu keluaran syarikat itu bagi Januari hingga Mac tahun depan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=712682
Published: November 30, 2012

Pengarah Urusan Kumpulan Habibul 'Ajmi Manggar berkata sasaran itu diyakini tercapai ekoran sambutan menggalakkan Green Tea Latte, Teh Serbat, Morinda Emulsion, Gel Gamat, Losyen Gamat dan set Minyak Urut Aroma Terapi (DAORA) yang telah berada di pasaran tempatan sejak pertengahan Oktober lepas.

Sehingga kini, OK Group mempunyai 65 produk jenama syarikat itu dan telah menghasilkan kira-kira 200 produk bagi syarikat lain di dalam dan luar negara dan sedang dalam proses penjenamaan logo dan pembungkusan baru kesemua 65 produk tersebut yang dijangka siap sepenuhnya pada akhir Mac tahun depan.

-- BERNAMA 

NOSTALGIA Manja Sasar sejuta botol

NOSTALGIA Manja Sdn Bhd, mengorak langkah perniagaannya dengan mengeluarkan Minuman Kurma Manja yang diyakini dapat mencapai sasaran jualan satu juta botol dalam tempoh setahun.

Pengasas merangkap Pengarah Urusannya, Puteri Mardziyaton Darus atau lebih dikenali sebagai Cik Manja berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan walaupun baru empat bulan di pasaran.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sasarsejutabotol/Article/index_html
Published: November 30, 2012

“Minuman ini diperbuat daripada kurma asli yang dicampur madu lebah sebelum ia dikisar untuk dijadikan minuman dan seratus peratus halal. Kurma biasanya hanya menjadi pilihan bagi masyarakat kita pada bulan Ramadan, sedangkan ia adalah sunnah nabi selain penuh dengan pelbagai khasiat.

“Justeru, dengan khasiat yang boleh menambah tenaga kami berharap ia dijadikan amalan harian oleh umat Islam di negara ini,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau turut menggalakkan orang ramai supaya menjadi wakil pengedar kerana ia menjamin pulangan yang lumayan.

“Syarikat kami sedang mengintai pasaran Indonesia dan Timur Tengah kerana negara berkenaan tidak terdapat minuman atau jus berasaskan kurma, walaupun kurma berasal dari sana.

“Saya sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa wakil syarikat di negara berkenaan dan setakat ini, ia menampakkan petanda positif,” katanya.

Minuman Kurma Manja dijual dengan harga RM2.90 bagi botol 250 mililiter (ml).
Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar boleh mengirim e-mel ke manjacikmanja@yahoo.com datang terus ke pejabat di No 12A, Jalan Wawasan 2/12, Bandar Baru Ampang, Selangor.

Thursday, November 29, 2012

CIMB Wealth Advisors Expects AUM To Hit RM7 Billion Next Year

PETALING JAYA, Nov 28 (Bernama) -- CIMB Wealth Advisors Bhd (CWA) expects its asset under management (AUM) to breach RM7 billion by the end of next year, from the current RM6.1 billion.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=712205
Published: November 29, 2012

Acting Chief Executive Officer Munirah Khairuddin said the growth will be supported by robust subscription growth of all its investment products.

"We also aim to grow our business by 40 per cent and increase our agency force to 7,000 consultants, from the current 5,000, by the end of 2013," she told reporters after the introduction of Private Retirement Scheme (PRS) to Small and Medium Enterprises (SMEs) by CWA here Wednesday.

It was officiated by CIMB Group Chief Executive, Datuk Seri Nazir Tun Razak.

CWA is a member of CIMB-Principal Asset Management Bhd, which manages assets worth about RM36 billion.

-- BERNAMA

CIMB Wealth Advisors Unjur AUM Cecah RM7 Bilion Tahun Depan

PETALING JAYA, 28 Nov (Bernama) -- CIMB Wealth Advisors Bhd (CWA) mengunjur aset di bawah pengurusannya (AUM) mencecah RM7 bilion menjelang akhir tahun depan, daripada RM6.1 bilion sekarang ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=712164
Published: November 29, 2012

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121128/ek_07/CWA-perkenal-skim-persaraan-swasta
Published: November 29, 2012

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Munirah Khairuddin berkata pertumbuhan berkenaan akan disokong oleh pertumbuhan langganan yang kukuh bagi semua produk pelaburannya.

"Kami juga menyasar untuk mengembangkan perniagaan kami sebanyak 40 peratus dan kenaikan tenaga agensi kami kepada 7,000 perunding daripada 5,000 sekarang ini pada akhir 2013," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran Skim Persaraan Swasta (PRS) CIMB oleh Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Nazir Razak, di sini Rabu.

CWA merupakan anggota CIMB-Principal Asset Management Bhd, yang mengurus aset bernilai kira-kira RM36 bilion.

Munirah berkata skim persaraan yang baru dilancarkan itu menyasar untuk menembusi pasaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkembang, secara agresif dengan menawarkan simpanan persaraan alternatif untuk pemilik perniagaan dan pekerja mereka.

"Di bawah skim PRS, pekerja boleh bermula akaun simpanan persaraan tambahan dari serendah RM100 sebulan serta pelepasan cukai maksimum sebanyak RM3,000 setahun.

-- BERNAMA

Poor Cash Management A Major Weakness Of Malay Entrepreneurs, Says Mahathir

PUTRAJAYA, Nov 28 (Bernama) -- Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has noted poor cash management as among the main weaknesses of Malay entrepreneurs.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsgeneral.php?id=712306
Published: November 29, 2012

He said Malay entrepreneurs often regarded money as an item for purchasing things they desired while it should instead be regarded as capital, which if invested wisely, could generate lucrative returns.

"Management of cash is very important but the problem is when they have money, they want to spend. For instance, (they) take a bank loan of RM1 million but half of it is spent on buying a Mercedes and other things, and only RM500,000 used for business.

"This means the interest is now doubled because that RM500,000 must pay the interest on RM1 million. It means your profit margin must be very much higher in order to repay the loan," he said at a luncheon talk held in conjunction with the Bumiputera Timber Industry Entrepreneurs' Gathering at the Maritime Centre, here, today.

Also present was Plantation Industries and Commodities Deputy Minister Datuk Hamzah Zainudin.

Dr Mahathir said there were also cases where Malay entrepreneurs participated in renowned and successful franchise business, yet they failed because they were not good in managing cash as they used the money on other things instead of buying stocks.

Therefore, he said, they needed to be taught good cash management; to keep part of the profits so as to continue doing business or expanding it.

Later, at a press conference, Dr Mahathir said managing cash could be introduced in school so that the future generations would learn to value money from young and able to manage their finances well.

He said to be successful in business, an entrepreneur must work hard, work smart, determine what he wanted to do through market research and diversify his products.

"A small starting capital is not a problem, as most businesses tend to start small while now there are so loan facilities available to start a business."

He said merging with other companies was also possible in order to explore bigger markets, where they also needed to learn working with others and not be individualistic.

After the talk, Hamzah witnessed the signing of an agreement between the Malaysian Furniture Entrepreneurs Association (MFEA), Kuala Lumpur and Selangor Furniture Entrepreneurs Association (KLSFEA), Muar Furniture Association (MFA) and Malaysian Furniture Industry Council (MFIC) for the organising of The Export Furniture Exhibition (EFE) 2013 on March 6 to 10, next year.

-- BERNAMA

Dr Mahathir: Pengurusan tunai adalah kelemahan usahawan Melayu

PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata antara kelemahan besar dalam kalangan usahawan Melayu adalah pengurusan tunai. Beliau berkata, usahawan Melayu sering menganggap wang sebagai bahan untuk ditukar untuk mendapat sesuatu, sedangkan wang perlu dianggap sebagai modal yang jika dilaburkan boleh menambah pulangan mereka.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/dr-mahathir-pengurusan-tunai-adalah-kelemahan-usahawan-melayu-1.107973
Published: November 29, 2012

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LemahurusdanapuncausahawanMelayutakmaju/Article
Published: November 29, 2012

Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
 
 

"Pengurusan tunai adalah sangat penting tapi kita bila ada saja duit nak belanja. Pinjam bank RM1 juta tapi belanja separuh untuk beli Mercedes ke apa, dan hanya guna RM500,000 lagi untuk berniaga.

"Bermakna faedahnya sekarang dua kali ganda kerana RM500,000 itu harus bayar faedah RM1 juta. Iaitu margin untung harus lebih tinggi untuk bayar balik pinjaman itu," katanya pada majlis makan tengah hari dan ceramah sempena Perhimpunan Usahawan Bumiputera Industri Perkayuan di Pusat Maritim di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin.

Dr Mahathir berkata terdapat juga kes di mana usahawan Melayu yang menyertai perniagaan francais yang terkenal dan sangat maju, namun mereka gagal kerana tidak pandai menguruskan tunai apabila tidak menggunakan duit yang diperoleh untuk membeli stok tetapi berbelanja untuk perkara lain.

Justeru beliau berkata mereka perlu diajar untuk menguruskan tunai dengan baik, untuk menyimpan sebahagian daripada keuntungan supaya dapat terus berniaga dan membesarkan perniagaan.

Pada sidang berita selepas itu, beliau turut tidak menolak supaya perkara itu diperkenalkan di sekolah supaya generasi akan datang dapat mempelajari nilai wang sejak dari kecil lagi, dan akan dapat menguruskan kewangan mereka dengan baik.

Dalam pada itu Dr Mahathir berkata untuk berjaya dalam perniagaan, seseorang usahawan itu perlu rajin bekerja, bekerja secara pintar, kenal pasti apa yang ingin dibuat melalui kajian pasaran serta mempelbagaikan produk yang ditawarkan.

Beliau berkata, modal permulaan yang kecil tidak menjadi masalah kerana setiap perniagaan pasti akan bermula secara kecil-kecilan, malah sekarang terdapat pelbagai kemudahan pinjaman untuk memulakan perniagaan.

Bergabung dengan syarikat lain juga boleh dilakukan bagi meneroka pasaran yang lebih besar, di mana usahawan pada masa kini perlu belajar bekerja dengan orang lain, bukannya bersifat individualistik, katanya.

Hamzah selepas itu turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Persatuan Pengusaha Perabot Malaysia (MFEA), Persatuan Usahawan Perabot Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSFEA), Persatuan Perabot Muar (MFA) dan Majlis Perindustrian Perabot Malaysia (MFIC) bagi menganjurkan Pameran Perabot Eksport Malaysia (EFE) 2013 yang akan berlangsung 6-10 Mac depan. - Bernama

Might, Sirim jalin kerjasama audit

MALAYSIAN Industry-Government Group for High Technology (Might) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Sirim Berhad bagi menjalin kerjasama dalam proses audit syarikat yang berkemampuan terbabit dalam program timbal balas (offset).

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Might_Sirimjalinkerjasamaaudit/Article/index_html
Published: November 29, 2012

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Yusoff Sulaiman berkata, kerjasama berkenaan antara lain membolehkan kedua-dua agensi menjalankan audit dengan lebih terperinci terhadap syarikat tempatan yang berpotensi berkembang melalui projek offset.

“Melalui MoU ini, kami akan melakukan audit dengan lebih terperinci terhadap syarikat yang disenarai pendek apabila Might akan melakukan audit dari aspek kewangan, pengurusan dan keupayaan manakala Sirim dari aspek teknikal,” katanya selepas majlis menandatangani MoU di Cyberjaya, semalam.
Menurutnya, setakat ini terdapat 200 syarikat disenaraikan untuk proses audit dan 26 daripadanya sudah selesai.

“Program offset ini hanya membabitkan projek yang bernilai lebih RM50 juta dan kira-kira 60 syarikat yang disenaraikan itu turut serta dalam projek MRT.

“Nilai yang dijana daripada program offset untuk 200 syarikat ini mencecah RM10 bilion sehingga 2020 dan menawarkan 2,500 peluang pekerjaan,” katanya.
Program offset memberi peluang kepada syarikat tempatan menghasilkan produk yang diperoleh dari negara luar melalui pertukaran teknologi.

Ia secara tidak langsung memberi ruang kepada syarikat tempatan mencapai akses pasaran global melalui penghasilan produk berkenaan secara pengeluar peralatan asal (OEM) dengan kos lebih murah.

Mofaz buka Circle K

Kumpulan Mofaz Sdn Bhd (Mofaz) dan Circle K Sunkus of Japan (Circle K Sunkus) menjalinkan kerjasama secara rasmi untuk membawakan rangkaian kedai runcit serbaneka Circle K di Malaysia, menjelang suku ketiga 2013.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mofaz-buka-circle-k-1.107702
Published: November 29, 2012

Mofaz buka Circle K
Kedai serbaneka Circle K yang popular di Jepun bakal dibuka 
dalam negara menerusi kerjasama bersama Kumpulan Mofaz Sdn Bhd

Presiden Kumpulannya, Mohamed Fauzy Abdul Hamid berkata, Circle K Sunkus dan MOFAZ bersedia untuk mewujudkan model perniagaan yang mampan untuk usahawan yang serius dalam negara.

"Kami turut membuka peluang bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia dalam bidang barangan harian keperluan pengguna untuk disenaraikan di dalam rangkaian Circle K yang bakal diperkenalkan di seluruh negara," katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Circle K Sunkus Motohiro Nakamura berkata, kerjasama ini berdasarkan kepercayaan bahawa Malaysia akan dapat menyokong pengembangan ekonomi berpusat kepada keperluan pengguna pada kadar yang pesat, berdasarkan pembangunan dan kekuatan sektor peruncitan yang kukuh.

Kerjasama ini menyaksikan kelahiran Circle K (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat yang berdaftar di Malaysia yang akan memainkan peranan pemegang francais induk dari Circle K Stores Inc (America) di Malaysia.

Mofaz akan memegang 70 peratus saham syarikat. Circle K Sunkus mempunyai pengalaman 30 tahun membangunkan lebih 6,000 kedai di bawah penjenamaan Circle K Sunkus di Jepun.

Tambah baik UNiFi bantu PKS

Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, UniFi, Telekom Malaysia Bhd (TM) bakal membawa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai dengan sambungan dipertingkatkan dan mampu milik.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tambah-baik-unifi-bantu-pks-1.107864
Published: November 29, 2012

Tambah baik UNiFi bantu PKS
Dari kiri: Azizi; Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM; Jeremy Kung 
dan Naib Presiden, Retail Product, TM; Khaidhir Elias melihat ciri-ciri 
terbaru perkhidmatan UniFi

TM memperkenalkan tahap kelajuan UniFi yang lebih tinggi (30Mbps dan 50Mbps) dan juga penawaran Televisyen Protokol Internet (IPTV) sebagai sebahagian daripada pakej UniFi untuk Perniagaannya (UniFi BIZ).

Naib Presiden Eksekutif, SME, TM Azizi A Hadi, berkata, dengan peningkatan ini, PKS bakal mampu memaksimumkan aplikasi dan perkhidmatan atas talian menerusi rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi TM pada harga mampu milik.

“Sambungan jalur lebar lebih pantas membolehkan PKS nikmati pengalaman lebih baik melakukan aktiviti perniagaan di internet.

"Di peringkat global, usahawan boleh memanfaatkan internet untuk meneroka peluang pasaran baru. Justeru, perniagaan memerlukan jalur lebar kelajuan dan keselamatan sambungan yang lebih tinggi bagi mengeksploitasi sepenuhnya kuasa internet dan perkhidmatan pengkomputeran awan,” katanya.

UniFi berada di 94 kawasan meliputi, lebih 1.32 juta premis sedia dipasang termasuk kawasan ekonomi dan zon perindustrian di Lembah Klang, Cyberjaya, Putrajaya, Kulim Hi-Tech Park dan Iskandar Malaysia.

Penuntut digesa bantu penduduk desa

KUALA LIPIS 27 Nov. - Penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mengikuti bidang kejuruteraan dan industri diminta membantu penduduk luar bandar menerusi inovasi masing-masing bagi merancakkan lagi sektor pertanian dan pembuatan industri kecil.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20121128/wp_01/Penuntut-digesa-bantu-penduduk-desa
Published: November 29, 2012


MUSTAPA Long melihat pameran Teknologi Industri dan Kejuruteraan 
penuntut USM selepas melancarkan Program Perdana Lestari Pembangunan 
di Kuala Lipis, baru-baru ini.

Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Mustapa Long berkata, sektor berkenaan mampu berkembang jika ada perkongsian pengetahuan dan kemahiran teknologi dalam kalangan penuntut untuk dicurahkan kepada penduduk berkenaan.

"Penuntut sewajarnya bertindak sebagai ejen perubahan baharu dalam bidang teknologi dan industri di luar bandar sejajar dengan agenda transformasi pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

"Bidang kejuruteraan dan industri perlu diaplikasikan dalam sektor berkenaan dan boleh merangsang pertumbuhan ekonomi serta membantu penduduk luar bandar, termasuk Orang Asli keluar daripada kepompong kemiskinan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan 30 penuntut pengajian Teknologi Industri dan Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) kepada keluarga angkat menerusi Program Perdana Lestari Pembangunan di Kampung Tanjong Jambu di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar USM, Prof. Adnan Hussein.

Menurut beliau, pengetahuan dan kepakaran itu bukan sahaja diaplikasikan di bilik kuliah, namun perlu diimplementasi bagi menggerakkan landasan transformasi pembangunan teknologi serta industri berasaskan sektor pertanian di luar bandar.

"Saya berharap usaha membantu penduduk luar bandar dilestarikan secara berterusan bukan hanya separuh jalan supaya setiap projek perlu dipantau dan dibimbing sehingga memperoleh hasil menerusi pasaran produk berkenaan," ujarnya.

Mustapa berkata, kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob amat berbangga kerana USM melestarikan pengetahuan dan kepakaran dalam kalangan pensyarah serta penuntut untuk memacu pelbagai projek pertanian di luar bandar negeri ini.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, USM menghantar sebanyak 400 penuntut dan pensyarah di 13 kampung di Pahang Barat untuk menyertai Program Perdana Lestari Pembangunan.

Jelasnya, program berkenaan merupakan kerjasama antara USM dengan kerajaan negeri, Pejabat Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi menzahirkan hubungan yang rapat antara institut tersebut dengan pemimpin setempat dan penduduk luar bandar.

Katanya, kerajaan negeri akan terus memberikan peluang kepada semua IPTA dengan menyediakan pelbagai bantuan untuk melestarikan pembangunan teknologi dan industri bagi mempercepatkan usaha pemodenan kawasan luar bandar sejajar dengan aspirasi Wawasan 2020.

Sasar RM400 juta hasil jualan kraf tangan

KOTA BHARU 27 Nov. - Kraftangan Malaysia menyasarkan jualan hasil kraf tangan sebanyak RM400 juta ke seluruh negara menjelang tahun depan. Ketua Pengarahnya, Mohd. Kamil Mohd. Ali berkata, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan promosi yang dijalankan oleh pihaknya.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20121128/wt_05/Sasar-RM400-juta-hasil-jualan-kraf-tangan
Published: November 29, 2012


Mohd. Kamil Mohd. Ali (dua dari kanan) bersama Mukhtar Mustapa 
(tiga dari kanan) melihat hasil tekstil ketika melawat pameran pada 
Promosi Kraftangan Malaysia 2012 di Kota Bharu, semalam.

Menurutnya, Kraftangan Malaysia akan mengadakan promosi di setiap negeri yang mempunyai potensi hasil kraf tangan terbaik bagi menarik orang ramai meminatinya sama ada tekstil, hasil tanah, logam dan hasil rimba.

"Sehingga September lalu, kita mencatatkan nilai jualan lebih RM300 juta melalui promosi yang diadakan di seluruh negara, sekali gus melepasi sasaran sehingga akhir tahun ini.

"Sebelum ini, kita hanya menumpukan promosi kraf tangan di pusat jualan kraf kebangsaan di Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Kini kita mengadakan promosi di seluruh negara mengikut kesesuaian tempat.

"Melihat kepada sambutan, saya berharap usahawan dan pengusaha kraf tangan dapat menghasilkan produk baru ataupun meningkatkan kualiti sesuatu keluaran tersebut mengikut peredaran masa," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran Promosi Kraftangan Malaysia 2012 di Pusat Jualan Kraftangan, Jalan Kuala Krai, Kampung Bunut Payung di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Datuk Mukhtar Mustapa serta Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia, Kamaruzaman Salleh.

Mohd. Kamil memberitahu, terdapat lebih 6,763 usahawan kraf tangan di negara ini dan yang paling ramai adalah dalam kalangan penduduk Sabah dan Sarawak kerana kaya dengan hasil buminya.

Mengulas tentang Promosi Kraf Malaysia yang diadakan di Kelantan, beliau berkata, pihaknya menyasarkan jualan RM300,000 di Kraf Batu Dua, Bunut Payong dan RM150,000 (KB Mall).

"Kali ini jualan dan promosi diadakan di dua tempat dan orang ramai boleh memilih sama ada untuk ke pusat beli-belah KB Mall ataupun datang terus ke Batu Dua, Bunut Payung.

"Hal ini kerana harga yang ditawarkan oleh kesemua usahawan terlibat adalah berpatutan dan produknya pelbagai," katanya.

Wednesday, November 28, 2012

Christy Ng syurga kasut

NAMA Christy Ng mungkin masih baru di persada industri fesyen kasut negara. Namun, bagi peminatnya terutama penggemar kasut tumit tinggi, jenama ini tidak perlu diperkenalkan lagi.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/christy-ng-syurga-kasut-1.107424
Published: November 28, 2012

Christy Ng
Christy mencurahkan segala kreativiti dan minatnya dalam menghasilkan sesuatu rekaan.

Bagi Pengasas dan Ketua Pengarah Fesyennya, Christy Ng, 25, perniagaan yang dibangunkan secara atas talian ini semakin mendapat perhatian pelanggan dari dalam dan luar negara dari sehari ke sehari.

Kasut tumit tinggi signature utama
Menyedari kurangnya pereka yang menawarkan kasut bertumit dengan ketinggian melebihi lima hingga enam inci, Christy mengambil peluang ini sekali gus menjadikan ia ‘signature’ utama dalam penghasilan rekaan kasutnya.

Memulakan perniagaan dengan modal permulaan sekitar RM20,000, Christy pada awalnya hanya menghasilkan lima pasang kasut tumit tinggi pada Julai 2010 dan menjual di laman sosial Facebook.

Atas sambutan menggalakkan, dia terus bergiat lebih aktif dalam memasarkan produk menerusi laman web dan membuka sebuah kedai di Damansara pada Mei 2012.

Bakal hasilkan kasut kanak-kanak

Setelah lebih dua tahun berkecimpung dalam dunia rekaan kasut wanita, Christy merancang untuk menghasilkan kasut kanak-kanak perempuan antara usia sembilan hingga 16 tahun menjelang tahun depan.

“Keutamaan saya tetap kepada rekaan kasut wanita kerana seperti yang semua tahu golongan ini selalunya tidak kisah berbelanja dan kasut merupakan antara aksesori yang selalu dibeli.

“Jenama Christy Ng juga akan mula meneroka segmen baru iaitu kasut kanak-kanak di mana hari ini seakan menjadi satu fesyen di mana kasut anak dan ibu adalah sepadan,” katanya.

Mengakui banyak saingan yang terpaksa dihadapi, Christy berkata, dia sentiasa berusaha menghasilkan rekaan yang unik, selesa, memberi lebih nilai, dan mementingkan perkhidmatan pelanggan selain menghasilkan kasut berdasarkan keperluan serta kehendak pelanggan.

Ingin jadi laman beli belah
kasut nombor satu Sehingga kini, Christy Ng menjual lebih 300 hingga 400 pasang kasut sebulan. Manakala, setiap kali musim perayaan, jualan mampu meningkat kepada lebih 500 pasang.

Berikutan sambutan diterima amat menggalakkan, Christy berhasrat menjadi laman web menjual kasut nombor satu di Asia selain ingin memasarkan produknya ke serata dunia.

Dalam tempoh lima tahun lagi, Christy Ng ingin terus mengukuh dan membina jenamanya di persada antarabangsa, sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

Tuesday, November 27, 2012

Cyberview To Lead Malaysian SME Delegation To Cebit Bilisim Eurasia 2012

KUALA LUMPUR, Nov 26 (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd, the landowner and Cybercity Manager of Cyberjaya Malaysia, is leading a strong delegation of small and medium enterprises (SMEs) which will make their debut at CeBIT Bilisim Eurasia 2012 in Istanbul, Turkey, with the latest range of high-tech innovation nurtured in the premier ICT (Information, Communication and Technology) hub.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=711513
Published: November 27, 2012

Source from (Business Times): http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/CYBERVW/Article/
Published: November 29, 2012

The SMEs will exhibit their innovative digital products at the Cyberjaya Pavilion.

CeBIT Bilisim Eurasia 2012, the most prestigious trade show for ICT sector in Eurasia, is the international hub for the burgeoning ICT markets of Turkey, Southeast Europe and the Black Sea region, and will be held from Nov 29 to Dec 2, 2012, at booth No. B-24, Hall 4, CNR Expo in Istanbul.

In a statement Monday, Hafidz Hashim, Managing Director of Cyberview Sdn Bhd, said together with the SMEs, the company hopes to showcase the latest hi-tech innovation and significant opportunities available in Cyberjaya, which will not only attract new companies and investors but to also create new strategic partnership opportunities for existing ICT businesses in hub.

He said being the preferred address for ICT, multimedia and innovation companies in Malaysia, Cyberjaya Malaysia seeks to become the regional growth engine for global innovation, multimedia development, creative content generation and shared services outsourcing.

-- BERNAMA 

Cyberview Ketua Delegasi PKS Malaysia Ke CeBIT Bilisim Eurasia 2012

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd, pemilik tanah dan Pengurus Cybercity Cyberjaya Malaysia, mengetuai delegasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan muncul buat pertama kalinya di CeBIT Bilisim Eurasia 2012 di Istanbul, Turki, dengan pelbagai inovasi berteknologi tinggi terkini hasil hab utama ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi).

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=711641
Published: November 27, 2012

PKS berkenaan akan mempamerkan produk-produk digital inovatif mereka di Pavilion Cyberjaya.

CeBIT Bilisim Eurasia 2012, pameran perdagangan paling berprestij untuk sektor ICT di Eurasia, adalah hab antarabangsa bagi pasaran ICT yang berkembang di Turki, Eropah Tenggara dan rantau Laut Hitam, dan akan berlangsung mulai 29 Nov hingga 2 Dis 2012, di CNR Expo di Istanbul.

Dalam satu kenyataan Isnin, Hafidz Hashim, Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd berkata bersama-sama dengan PKS, syarikat itu berharap untuk mempamerkan inovasi teknologi tinggi terkini dan peluang besar yang ada di Cyberjaya, yang bukan hanya akan menarik syarikat-syarikat dan pelabur baru tetapi juga mewujudkan peluang perkongsian strategik baru untuk perniagaan ICT sedia ada di hab tersebut.

Beliau berkata sebagai tempat pilihan bagi syarikat-syarikat ICT, multimedia dan inovasi di Malaysia, Cyberjaya Malaysia berhasrat menjadi jentera pertumbuhan serantau untuk inovasi, pembangunan multimedia, penjanaan kandungan kreatif dan penyumberan luar perkhidmatan perkongsian global.

-- BERNAMA

TM targets 500,000 SME customers by year-end

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) aims to have about 500,000 small and medium enterprise (SME) customers by year-end, said TM SME executive vice-president Azizi A. Hadi. The company now has 498,000 customers, of which 80% are SMEs.

Source from (The Star Online): http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/11/27/business/12374555&sec=business
Published: November 27, 2012

TM unveiled yesterday its latest version of UniFi BIZ30 and BIZ50 with higher bandwidth to enable SMEs to maximise the use of online applications and services to improve their productivity.

“SME is important to us as it supports the economic growth in Malaysia, with a total of 20% contribution to TM’s revenue annually. The number is increasing everyday,” said Azizi at the launch of the higher broadband speed and Internet-protocol TV (IPTV) service.

He said the higher-speed broadband connection would enable SMEs to have better experience in doing business activities on the Internet.

TM has also introduced lower call rates and its IPTV service, Hypp TV, as part of the packages.

The call charge is at a flat rate of three sen per minute for all fixed lines nationwide and 12 sen per minute for all mobiles and other fixed lines.

The IPTV service will feature free weather forecast, horoscope, traffic information, Dictionary.com and news headlines.

TM’s UniFi service is available in 94 areas covering more than 1.32 million premises including key economic and industrial zones in the Klang Valley, Cyberjaya, Putrajaya, Kulim Hi-Tech Park and Iskandar Malaysia.

On whether UniFi would be opening offices elsewhere, Azizi said: “The current UniFi deployment is based on supply driven. I think in the future we’re working on our offices nationwide to identify the demand-driven deployment and we’re in the midst of doing the business plan.

“It would be where SME businesses are oriented such as in towns and industrial areas,” he added.

He also said TM would announce its third quarter results on Friday. — Bernama

TM Sasar Capai 500,000 Pelanggan PKS Hasil Peningkatan Hubungan, Kata Azizi

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) menyasarkan untuk mencapai lebih 500,000 pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjelang akhir 2012.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=711698
Published: November 27, 2012

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TMsasar500_000pelanggan/Article/index_html
Published: November 27, 2012

Kini TM memiliki asas pelanggan sebanyak 498,000 dan strategi perniagaan menerusi pelbagai pengenalan produk baru dijangka mengukuhkan prestasi sumbangan 20 peratus segmen PKS kepada kumpulannya setiap tahun.

Naib Presiden Eksekutif SME TM, Azizi A Hadi berkata, bagi mencapai sasaran 500,000 pelanggan PKS tahun ini, TM memperkenalkan pakej baru UniFiBiz, BIZ30 dan BIZ50 yang didatangkan dengan pelbagai produk dan perkhidmatan tambahan.
Menurutnya, pengenalan dua pakej terbaru itu bukan saja memberi kesan perniagaan kepada cabang PKS TM, malah kepada bilangan pelanggan UniFi PKS TM yang ketika ini mencatatkan 72,000 pelanggan.

“Kedua-dua pakej ditawarkan dengan beberapa perkhidmatan tambahan antaranya telefon DECT percuma, satu gerbang perniagaan WiFi, satu ID TM WiFi, webhosting bersaiz 10GB bersama akaun e-mel bersaiz 2GB, satu akaun infoblast dan pilihan perkhidmatan nilai ditambah (VAS).

“Dengan peningkatan pakej baru itu, pelanggan mampu memaksimumkan aplikasi dan perkhidmatan atas talian generasi akan datang menerusi rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi TM pada harga mampu milik,” katanya pada majlis taklimat BIZ30 dan BIZ50 di Kuala Lumpur, semalam.
Pakej BIZ30 ditawarkan pada harga RM599 sebulan dan BIZ50 berharga RM899 sebulan. Selain itu, daripada 72,000 pelanggan TM UniFi dijangka 10 peratus daripadanya menggunakan kedua pakej berkenaan.

Pikat 1,000 pengedar

USAHA Sepakat Resources (Usaha Sepakat Resources), pengedar sah produk kesihatan berasaskan tongkat ali, Nu-Prep 100 mengunjurkan jualan sehingga RM300,000 menjelang akhir tahun ini bersandarkan sambutan yang diterima daripada pengguna yang dilihat amat menggalakkan berserta strategi pemasaran yang efektif.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pikat1_000pengedar/Article/index_html
Published: November 27, 2012

Nu-Prep 100 ialah produk kesihatan berasaskan herba tongkat ali yang melalui kajian klinikal serta mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak apabila ia mampu membantu memulihkan tenaga serta menguatkan stamina penggunanya.

Penasihatnya, Zulkarnain Md Khamis berkata, sehubungan dengan unjuran itu, pihaknya menyasarkan kira-kira 1,000 pengedar produk berkenaan di seluruh negara yang akan dapat membantu sasaran itu dicapai. Menurut Zulkarnain, produk Nu-Prep 100 bukan saja dapat membantu orang ramai menjaga kesihatan serta mengembalikan semula tenaga mereka, malah ia memberi peluang perniagaan kepada mereka yang berminat.

“Produk ini sudah lama berada di pasaran Malaysia dan sambutan diterima sangat menggalakkan. Kita juga menerima pertanyaan daripada peniaga asing menerusi pelbagai pameran perniagaan yang disertai.

“Walaupun produk ini berasaskan tongkat ali, tetapi ia sesuai untuk digunakan oleh lelaki dan perempuan kerana kepelbagaian khasiatnya termasuk membantu mengurangkan kesakitan ketika seseorang wanita sedang haid,” katanya ketika ditemui, di sini.

Monday, November 26, 2012

Growing interest creates bigger halal market in Growth Triangle

KANGAR: The increasing interest in halal products is set to give entrepreneurs a bigger market in the Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) region, says Perlis Mentri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Source from (The Star Online): http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/11/26/nation/12369094&sec=nation
Published: November 26, 2012

He urged bumiputra entrepreneurs to take advantage of the growing demand for halal products and work towards penetrating the international market.

The Mentri Besar said the current global market for halal products, worth RM6.9tril a year, would expand further with the increase in the world's Muslim population to over 1.8 billion.

Halal products have also attracted the interest of non-Muslim nations such as China, Japan and Russia, he added.

“Though the success in venturing into the international market is an achievement, it is more meaningful if they can capture the market,” he said after opening a Mara-run halal centre at the Kuala Perlis Mara Industrial Area near here yesterday.

The centre is a joint effort by Mara and the Halal Industry Development Corporation.

Md Isa said the centre would serve as a catalyst to the industrial area in Kuala Perlis, which would be developed into a maritime town.

Earlier, Mara director-general Datuk Ibrahim Ahmad said bumiputra entrepreneurs would be given the opportunity to sell their halal products to a wider market through the centre.

He said some 60,000 entrepreneurs currently under Mara are to make a big impact in the halal industry.

In conjunction with the centre's opening, KIMfest Kuala Perlis is being held for three days to market halal products by bumiputra entrepreneurs. - Bernama

SDSI lahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengadakan pameran program Satu Daerah Satu Produk (SDSI) peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) selama tiga hari bermula 7 Disember ini.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sdsi-lahirkan-lebih-ramai-usahawan-bumiputera-1.107065
Published: November 26, 2012

SDSI lahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera
Produk berkualiti yang dihasilkan Bumiputera boleh dipromosikan 
melalui program SDSI yang dianjurkan oleh MITI.

Menurut kenyataan MITI, pameran yang dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bukan hanya sekadar mewujud atau melahirkan ramai usahawan tetapi membuka peluang untuk meningkatkan pendapatan kepada usahawan-usahawan desa dan belia-belia tempatan.

Program SDSI yang mengambil ilham daripada kejayaan Program One Village One Product (OVOP) di Oita Prefecture, Jepun telah diperkenalkan di Malaysia pada 1992 sebagai Satu Kampung Satu Produk (SKSP).

Pada tahun 2002, program ini dikembangkan menjadi Satu Kampung Satu Industri (SKSI) dan pada tahun berikutnya ditukar kepada SDSI yang mencakupi skop lebih luas.

Di samping itu, pameran ini juga dapat memperkukuh masyarakat setempat dengan aktiviti sosio-ekonomi yang berdaya maju, seterusnya mencipta identiti sesebuah daerah melalui produk/perkhidmatan yang mempunyai nilai ekonomi serta boleh berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pada masa yang sama, konsep SDSI juga mampu menarik minat pelancong untuk berkunjung ke negara ini, selain menyumbang ke arah pembangunan budaya masyarakat kreatif dan berinovasi dan seterusnya memupuk keharmonian bermasyarakat melalui aktiviti sosio-ekonomi secara komuniti.

Program sebegini memberi manfaat kepada peserta dan pengunjung dengan kemudahan yang disediakan seperti pusat sehenti atau one stop center (OSC) bagi memperoleh pelbagai maklumat mengenai bantuan yang disediakan kerajaan.

Terdapat juga aktiviti lain bagi pengunjung seperti pameran dan jualan; seminar keusahawanan; klinik usahawan, menu Malaysia dan sebagainya.

Keunikan pameran Showcase ini berbanding dengan pameran lain adalah konsepnya yang bercirikan usahawan mengikut negeri, contohnya, negeri Melaka mendirikan replika rumah Melaka yang di dalamnya dipamer atau dijual produk keluaran usahawan negeri tersebut.

Objektif pameran ini antara lain mewujudkan dan memperluaskan rantaian perniagaan (networking) di antara usahawan SDSI dengan pembeli, pengedar, agen pemasaran, stokis, pengimport, hypermarket dari dalam dan luar negara

Melalui program yang disediakan, usahawan dan bakal usahawan boleh memanfaatkan:

Pusat sehenti bagi memperoleh pelbagai maklumat mengenai bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan secara terus daripada Kementerian/agensi kerajaan yang turut menyertai
pameran ini;

Memperoleh ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan menerusi seminar yang dianjurkan; dan

Memperluaskan jaringan perniagaan (networking) dan mendapatkan laluan pemasaran yang betul menerusi penyertaan dalam sesi business matching.

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program MATRADE, sila layari www.matrade.gov.my

Sunday, November 25, 2012

Isa Yakin Industri Halal Terus Melonjak Di Rantau IMT-GT

KANGAR, 24 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yakin industri halal bakal melonjak di rantau pertumbuhan segitiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) berikutan minat penduduk rantau itu terhadap Produk halal.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=711340
Published: November 25, 2012

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IndustrihalalmampumelonjakdirantauIMTGT/Article
Published: November 26, 2012

Katanya pertumbuhan pusat-pusat halal akan menyemarakkan industri halal yang semakin berkembang.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Halal Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Kawasan Industri MARA (KIM) Kuala Perlis di si hari ini, Md Isa berharap para usahawan Bumiputera mengambil kesempatan terhadap permintaan Produk halal dengan berusaha menembusi pasaran antarabangsa.

Menurutnya, walau pun kejayaan menembusi pasaran antarabangsa merupakan satu pencapaian, pencapaian itu lebih bermakna jika mereka menguasai pasaran.

Md Isa berkata Pusat Halal MARA Kuala Perlis juga akan turut menjadi pemangkin industri kawasan Kuala Perlis yang bakal menjadi bandar maritim.

Pelaksanaan pusat halal itu adalah hasil kerjasama Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dengan MARA yang telah lama terjalin.

Menurutnya, pasaran global produk halal dianggarkan RM6.9 trilion setahun dan jumlah permintaan akan terus bertambah berdasarkan bertambahnya penduduk Islam dunia kepada lebih 1.8 bilion.

Produk halal juga kini berjaya memikat negara-negara bukan Islam termasuk China, Jepun dan Rusia.

Sementara itu, Ketua Pengarah MARA Datuk Ibrahim Ahmad berkata, melalui pusat halal itu, para usahawan Bumiputera diberi peluang untuk memasarkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas.

Sebanyak 60,000 usahawan yang bernaung di bawah MARA yang diharap mampu memberi impak besar terhadap industri halal.

Sempena pelancaran itu, berlangsung KIMfest Kuala Perlis selama tiga hari bagi memasarkan produk usahawan Bumiputera.

-- BERNAMA

Kerajaan Akan Perkenal Format Baharu Ekspo Beli Barangan Malaysia - Rohani

MIRI, 25 Nov (Bernama) -- Ekspo Beli Barangan Malaysia, yang mencatat kejayaan sejak pertama kali diadakan pada 2009, akan menggunakan format baharu pada tahun hadapan yang memberi fokus kepada lokasi dan jenis barangan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=711371
Published: November 25, 2012

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim berkata berdasarkan maklum balas yang diterima daripada peserta dan pelanggan, penganjuran ekspo yang diadakan di seluruh negara ini perlu berdasarkan permintaan pasaran dan lokasi strategik.

"Pertama, kami sedang melihat kemungkinan mengadakannya di beberapa lokasi di sesuatu bandar atau bandar raya, bukan di sebuah lokasi sahaja seperti yang dilakukan selama ini," katanya kepada pemberita selepas menutup Ekspo Beli Barangan Malaysia Sarawak selama tiga hari, di sini, Ahad.

Beliau berkata rasional di sebalik mengadakannya di beberapa lokasi ialah untuk menarik pelanggan dari negara jiran mengunjungi ekspo itu sekiranya ia diadakan berhampiran dengan lokasi mereka.

"Kedua, selepas mengenal pasti lokasi strategik, kami akan fokus kepada produk bitara tertentu yang tidak dilakukan sebelum ini, seperti pakaian dan pengusaha francais," katanya.

-- BERNAMA

Usahawan Muslim Digesa Bina Jaringan Kerjasama Untuk Majukan Diri

GEORGE TOWN, 25 Nov (Bernama) -- Usahawan muslim di negara ini digesa membina dan meningkatkan lagi jaringan kerjasama untuk memajukan diri dalam bidang yang diceburi.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=711331
Published: November 25, 2012

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata sekiranya usahawan Islam mahu menguasai selok belok bidang perniagaan, mereka harus saling menyokong antara satu sama lain.

"Tanpa wujudnya jaringan yang merangkumi aspek kecil hinggalah kepada perkara yang lebih besar, kita tidak dapat mengoptimumkan penguasaan dalam bidang keusahawanan," katanya ketika berucap dalam majlis makan malam amal anjuran Dewan Perdagangan Islam Malaysia cawangan Pulau Pinang (DPIMPP) di sini malam tadi.

Nor Mohamed berkata usahawan muslim tidak kira sama ada yang telah lama bertapak dalam dunia perniagaan atau sebaliknya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan bersedia mempelajari ilmu baharu bagi bersaing secara kompeten dengan usahawan lain.

Katanya mereka juga perlu memiliki keberanian untuk menerokai bidang baharu dan bersedia berdepan dengan risiko serta tidak mudah mengalah jika melalui detik sukar dalam perniagaan.

-- BERNAMA

Saturday, November 24, 2012

Bagaimana meraih dana untuk membiayai perniagaan?

SEBELUM ini, ruangan ini telah menerangkan kepetingan seseorang usahawan untuk menyediakan kertas cadangan yang mantap bagi mendapatkan pembiayaan daripada bank. Minggu ini, mari kita lihat apakah faktor penting yang dinilai oleh bank dalam kertas cadangan yang dikemukakan untuk pembiayaan perniagaan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121124/ek_02/Bagaimana-meraih-dana-untuk-membiayai-perniagaan
Published: November 24, 2012

Pertama sekali, usahawan perlu:-

* "Memperkenalkan diri" kepada bank dengan menyediakan profil ringkas tentang jenis perniagaan usahawan, termasuk memberikan keterangan tentang produk, perkhidmatan dan teknologi yang akan digunakan dan juga sejarah ringkas perusahaan tersebut.

* Penerangan mengapa anda memerlukan pembiayaan, dan pada masa yang sama membolehkan bank mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis perniagaan yang diusahakan oleh usahawan terbabit.

Ia adalah sebahagian daripada proses bank untuk membuat keputusan sama ada untuk memberikan pembiayaan atau tidak.

* Selain daripada jenis perniagaan, pengalaman dan kelayakan pengarah dan juga rakan kongsi, pemilik dan kakitangan pengurusan kanan juga adalah maklumat penting lain yang perlu dimaklumkan di peringkat awal kepada bank.

Ia kerana bank sudah tentu ingin tahu jika pasukan pengurusan kanan syarikat layak mendapat pembiayaan dan menentukan sama ada mereka adalah individu yang boleh dipercayai. Maka, langkah pertama yang boleh diambil ialah menyediakan carta organisasi untuk tatapan bank.

Selain daripada jenis perniagaan dan maklumat mengenai kakitangan pengurusan kanan, satu lagi unsur penting yang perlu dimasukkan dalam kertas cadangan kepada bank ialah sebab syarikat memerlukan pembiayaan.

Tujuan permohonan perlu dinyatakan, di samping bagaimana pembiayaan yang diperoleh akan digunakan dan kemudahan perbankan khusus yang diperlukan daripada bank. Pemohon juga perlu menyatakan jumlah pembiayaan yang diperlukan daripada bank.

Para usahawan perlu sedar bahawa kertas cadangan untuk memohon pembiayaan tidak patut dilihat sebagai cadangan biasa sahaja.

Mereka perlu memanfaatkan teknik terbaik dalam penyediaan kertas cadangan untuk meyakinkan bank. Satu petua penting ialah mengemukakan rancangan perniagaan yang tersusun rapi dengan memuatkan semua maklumat yang dikehendaki oleh bank.

Rancangan perniagaan menjadi panduan bagi usahawan dalam membina sesebuah perniagaan. Rancangan ini menerangkan tentang matlamat perniagaan, mengapa matlamat tersebut berdaya maju dan cara matlamat tersebut boleh dicapai pada dalam jangka masa tertentu.

Salah satu daripada komponen penting rancangan perniagaan ialah rancangan pemasaran, yang menerangkan strategi yang digunakan untuk mengiklankan dan mempromosi produk dan perkhidmatan syarikat. Rancangan ini diperlukan apabila bank menilai perniagaan pemohon.

Rancangan perniagaan menggariskan jenis organisasi dan tahap profesionalisme yang diperlukan untuk menguruskan perniagaan.

Selain itu, rancangan perniagaan juga akan membolehkan bank mendapatkan maklumat penting yang diperlukan mengenai perniagaan, antara lain, untuk membuat penilaian kredit yang objektif, termasuk kewibawaan anggota pengurusan kanan.

Justeru, rancangan perniagaan penting bagi bank untuk mendapatkan maklumat yang boleh didapati secara langsung daripada sumber utama dan bukan daripada sumber lain.

Selain itu, terdapat beberapa dokumen penting yang perlu dikemukakan sebagai dokumen formal.

Ini termasuk akaun telah diaudit atau akaun disahkan yang memaparkan prestasi kewangan; butiran akaun pengurusan yang terkini, jika perlu; sasaran dan pertumbuhan perniagaan yang boleh dicapai, berserta beberapa andaian yang ringkas tetapi padat. Maklumat ini menggambarkan kedudukan kewangan perniagaan.

Bank memerlukan unjuran kewangan perniagaan untuk menilai keupayaan perniagaan membayar balik pembiayaan yang diberikan oleh bank.

Sebuah perniagaan yang diuruskan dengan baik seharusnya mempunyai unjuran aliran tunai wajar yang dilakukan secara bulanan.

Ini bertujuan memastikan hasil kutipan diterima tepat pada masanya, belanja kewangan tetap mampu dijelaskan dan komitmen overhead dibayar secara berkala. Bank menggunakan maklumat ini untuk menentukan sama ada perniagaan ini sedang mengalami masalah aliran tunai.

Apabila menyediakan rancangan perniagaan, usahawan perlu menyampaikannya dengan padat dan ringkas, tanpa memberikan butiran yang tidak perlu dan berlebihan.

Pemohon perlu membuat persiapan awal dan mengkaji semula cadangan perniagaan sebelum mengemukakan kepada bank.

Pengurus hubungan bank, yang bertanggungjawab memproses permohonan pembiayaan akan membuat temu janji untuk berjumpa dengan usahawan untuk tujuan ini.

Bank juga mempunyai kepentingan untuk memastikan kejayaan setiap pelanggannya dan akan memainkan peranan untuk memberikan sokongan padu kepada usahawan tersebut.

Participate aggressively in wellness industry: Musa

KOTA KINABALU (Nov 24, 2012): Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has called on local entrepreneurs to participate aggressively in the wellness industry in the state. In making the call, he said this was because advances in the wellness industry, both modern and traditional, were in line with Sabah's focus on promoting health-based tourism as envisaged through several initiatives including the Economic Transformation Plan (GTP).

Source from (The Sun Daily): http://www.thesundaily.my/news/548286
Published: November 24, 2012

"I wish to see higher participation of local entrepreneurs in health-based tourism, and I encourage you to form joint ventures with those in the know in order to create opportunities that not only benefit the state but also help create quality jobs for Malaysians in Sabah," he said.

Musa said this when launching the Wellness Journey Conference and Exhibition organised by the Sabah Women Entrepreneurs and Professional at the Sabah Trade Centre, Likas, near here today.

He said in a fast paced and competitive world, "wellness is a topic that is constantly on the radar and an issue that we hear more of".

"Wellness is a wide topic, and one that can be viewed from different perspectives and thoughts. When we talk about wellness, we need to understand how this term covers not only our physical health but our mental and emotional health.

"It is about our overall well-being and one way of achieving this is through a lifestyle of positive attitude and a positive development," he said.

Musa was happy to note that the discussions would also touch on the use of traditional herbs and age-old methods in achieving better health.

"As such, there is value in promoting local knowledge on wellness, not just for economic reasons, but also for the further protection of our natural resources," he said.

In this respect, Musa hoped that more studies would be conducted on traditional wellness systems in Sabah and documented for the public through books. – Bernama

Friday, November 23, 2012

Masih kurang syarikat tempatan di Iskandar Malaysia

JOHOR BAHRU 22 Nov. - Dewan Perniagaan dan Perindustrian Iskandar Malaysia Negeri Johor (DPI) mendakwa masih kurang penyertaan usahawan tempatan, terutamanya dari negeri itu dalam pembangunan Iskandar Malaysia.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121123/ek_03/Masih-kurang-syarikat-tempatan-di-Iskandar-Malaysia
Published: November 23, 2012

Presidennya, Md. Salikon Sarpin berkata, setakat ini DPI masih tertanya-tanya tentang penyertaan usahawan tempatan dalam pembangunan pesat di koridor ekonomi itu kerana kurangnya program keusahawan yang konsisten dan kompetitif.

“Aspek penglibatan usahawan tempatan khususnya di kalangan bumiputera adalah penting agar pembangunan koridor ini tidak hanya membabitkan pelabur asing.

“Saya ingin tahu sekiranya Iskandar Malaysia mempunyai Blueprint dalam perkara ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Industri Minyak dan Gas DPI, Ibrahim Lazim berkata, mesyuarat agung tahunan ketiga yang diadakan pada 30 Oktober lalu turut membincangkan peluang penglibatan usahawan tempatan dalam bidang minyak dan gas di Pengerang, Kota Tinggi. ...

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini... Mudah dan murah

Syarikat Teras terokai ASEAN

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berstatus Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) perlu menerokai pasaran eksport untuk membentuk persekitaran perniagaan yang mapan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121123/ek_02/Syarikat-Teras-terokai-ASEAN
Published: November 23, 2012

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ketika ini, secara purata sumbangan eksport kepada perolehan syarikat berkenaan hanya lima peratus.

Katanya, ketika ini lebih 250 buah syarikat berstatus Teras telah menjana perolehan sekitar RM10 bilion setahun.

"Lima peratus terlalu sedikit dan mereka perlu menembusi pasaran baharu terutamanya ASEAN yang mempunyai lebih 600 juta penduduk.

"Mereka tidak boleh terus bergantung kepada pasaran tempatan dan perlu keluar bagi membentuk pertumbuhan perniagaan yang mapan," katanya.
...
Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini... Mudah dan murah

Terenggganu Belanja RM45 Juta Bina Dua Kompleks Usahawan

KUALA TERENGGANU, 22 Nov (Bernama) -- Sebanyak RM45 juta dibelanjakan kerajaan negeri Terengganu untuk membina dua kompleks usahawan sebagai pengiktirafan kepada pengusaha kraf di negeri ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=710761
Published: November 23, 2012

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata dua kompleks itu ialah kompleks Tuanku Nur Zahirah berharga RM10 juta dan Kompleks Usahawan Terengganu bernilai RM35 juta.

"Kedua-dua kompleks itu telah siap dibina, masing-masing terletak di bandar Kuala Terengganu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ganu D'Art Gallery di sini Khamis.

Turut hadir pemilik galeri Dr Abdullah Sani.

Abdul Rahin berkata kompleks Tuanku Nur Zahirah menempatkan warisan songket dan batik manakala kompleks usahawan Terengganu pula untuk barangan kraf seperti tembaga, ukiran dan perak.

Sementara itu, Abdul Rahin bekata kerajaan negeri bercadang menjadikan kaki lima Bazar Warisan, berhadapan Pasar Payang di sini sebagai pasar seni, sesuai dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai kota seni pada masa akan datang.

-- BERNAMA

Additional RM20 Million For Cip Next Year

KUALA LUMPUR, Nov 22 (Bernama) -- An additional RM20 million will be allocated for the Cradle Investment Programme (CIP) next year, Cradle Fund Sdn Bhd Chief Executive Officer Nazrin Hassan said today.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=710875
Published: November 23, 2012

Cradle is now running two programmes -- CIP for funding development and commercialisation of technological ideas and companies and the Coach and Grow Programme (CGP), a market-driven programme to train entrepreneurs.

CIP is Malaysia's first development and technology commercialisation funding programme that enables the country's budding innovators and aspiring entrepreneurs to transform their raw technology-based ideas into commercially viable ventures or local start-up companies to attain commercialisation.

Since it began in 2003, the Finance Ministry has allocated RM100 million to Cradle for the CIP programme.

An additional RM50 million was recently added to that allocation under the 10th Malaysia Plan.

"Our additional goal to create a pipeline of high quality entrepreneurs has also been successful and we have shown regional and global investors that there are good quality deals flow in Malaysia," Nazrin told reporters after the convocation ceremony for entrepreneurs who succesfully completed the first year CGP programme.

The event was officiated by Treasury Secretary-General Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Technopreneurs' Association of Malaysia is the project manager for the CGP programme while Proficeo Consultants Sdn Bhd, a niche entrepreneur coaching and training consultancy, is the CGP programme manager.

-- BERNAMA

Tambahan RM20 Juta Untuk CIP Tahun Depan

CRADLE Fund Sdn Bhd (Cradle) agensi di bawah Kementerian Kewangan yang mengurus dana kepada usahawan teknologi maklumat dijangka menerima dana tambahan berjumlah RM20 juta daripada kerajaan tahun depan. Bagi tempoh dari 2003 sehingga kini, Cradle sudah menerima dana kerajaan sebanyak RM145 juta bagi membantu usahawan teknologi maklumat untuk membina perniagaan yang berpotensi dalam sektor ekonomi.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DanatambahanCradle/Article/index_html
Published: November 23, 2012

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=710922
Published: November 23, 2012

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nazrin Hassan berkata, penambahan dana itu dapat memberi manfaat kepada pihaknya membantu golongan usahawan yang mempunyai idea bernas serta berpotensi dalam memajukan ekonomi negara.

Beliau berkata, menerusi Program CIP 500, sejumlah 15 syarikat tempatan yang memohon untuk memperoleh dana daripada Cradle sudah diluluskan bernilai kira-kira RM6.4 juta manakala sebanyak 480 idea pula diterima bagi tempoh dari 2003 hingga 31 Oktober 2012.

“Malaysia mempunyai potensi besar untuk menambah bilangan usahawan teknologi kerana melihat kepada angka penerimaan idea sejak 2003, ia sangat memberangsangkan dan berupaya bagi menghasilkan produk pasaran komersial.

“Selain itu, kami juga menganjurkan program membantu usahawan teknologi bagi menguruskan perniagaan mereka antaranya program peningkatan dan bimbingan, Coach and Grow Programme (CGP) yang disertai pelbagai pemain industri teknologi antaranya teknologi kesihatan, ICT dan teknologi hijau,” katanya pada majlis sambutan tahun pertama CGP di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Ranjit Ajit Singh.

Sejak CGP dilancarkan, Cradle melatih 570 usahawan dalam peringkat pertama dan 420 usahawan dalam peringkat kedua.

Thursday, November 22, 2012

Jadi usahawan spa bergerak

SIXTYNINEZ Integrated (M) Sdn Bhd yang memiliki produk berjenama Zarraz Paramedical menyasarkan lebih ramai wanita terutamanya ibu tunggal dan suri rumah menyertai Program Usahawan Zarraz yang disifatkan mampu membantu golongan terbabit menjana pendapatan lumayan.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jadiusahawanspabergerak/Article/index_html
Published: November 22, 2012

Pengasas Zarraz Paramedical, Fatimatul Zaharah Abdul Mazlan berkata, ketika ini seramai 30 usahawan berjaya dilahirkan melalui program berkenaan di sekitar Lembah Klang sejak dilaksanakan pada Oktober lalu dan syarikat dalam usaha meluaskan lagi program terbabit ke kawasan luar bandar di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Beliau berkata, program keusahawanan itu memberi peluang kepada golongan berkenaan menjana pendapatan sehingga RM7,000 sebulan dengan menjalankan perkhidmatan spa bergerak menggunakan produk kecantikan Zarraz Paramedical.

“Dengan modal antara RM1,500 dan RM2,000, peserta akan dibekalkan dengan set spa bergerak serta diberi tunjuk ajar mengenai asas spa sebelum mereka boleh menjalankan perkhidmatan ini dari rumah ke rumah atau di rumah sendiri.

“Mereka juga akan dipantau selama enam bulan, malah diberikan sijil yang diluluskan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK),” katanya ketika ditemui di Kuantan, Pahang.

Menurutnya, sejak dilancarkan enam bulan lalu, produk Zarraz Paramedical kini mempunyai 30 stokis di seluruh Semenanjung dan sedang giat mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk mempromosikan produk berkenaan.

Katanya, ketika ini terdapat 11 produk kecantikan termasuk tiga produk utama iaitu Essence Sebum Gel, Sun Protection SPF50 dan Stem Cell Serum yang dihasilkan sendiri melalui kajian selama empat tahun serta tidak menggunakan sebarang bahan kimia sebaliknya daripada pati buah-buahan selain tiga jenis bunga iaitu lili putih, freesia dan kemboja.

Yanong Frozen Food Hopes To Expand Meatball Market In Sabah

SANDAKAN, Nov 21 (Bernama) -- Sabah- based Yanong Frozen Food, which produces meatball products, hopes to further expand its market in the state. The small and medium enterprise outfit, which secured loan for its capital from Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), was established by Yanong Latuka, 57, and operates in Kampung Paris Kinabatangan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=710504
Published: November 22, 2012

Yanong, a mother of seven children, started the business in 2009 with a capital of RM20,000 from AIM and the company now employs nine workers.

Besides meatballs, the company has now diversified its product range to include chilli sauce, tomato sauce and spicy soy sauce.

At present, the company's products are marketed in shops and shopping centres in Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu and Kota Kinabalu.

According to her, the product distribution is carried out by the company with the help of wholesalers especially for areas within the district.

"The products received encouraging response and the company's income is currently between RM7,000 and RM10,000 per month," she told Bernama here.

Yanong said the company is currently in the process of getting the halal certification to enable the products to be marketed to Brunei and Saudi Arabia.

Towards this end, the company is in the midst of fulfilling the requirements for the halal certification and improve the quality of its packaging.

Yanong said she focused on the meatball business as there were not many local companies that produced the product in Sabah particularly in the east coast.

-- BERNAMA

Yanong Frozen Food, Ingin Luaskan Pasaran Bebola Daging Di Sabah

SANDAKAN, 21 Nov (Bernama) -- Berbekalkan model pinjaman dari Amanah Akhtiar Malaysia (AIM), Yanong Frozen Food yang mengeluarkan produk bebola daging ingin meluaskan lagi pasarannya ke seluruh negeri ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=710486
Published: November 22, 2012

Syarikat tersebut, yang tergolong di bawah Industri Kecil dan Sederhana, diusahakan oleh Yanong Latuka, 57, dan beroperasi di Kampung Paris Kinabatangan.

Ibu kepada tujuh anak itu memulakan operasi syarikatnya pada 2009 dengan modal RM20,000 daripada AIM dan kini mempunyai sembilan pekerja.

Yanong berkata selain mengeluarkan produk bebola daging, syarikatnya kini sudah menambah produk lain iaitu sos cili, sos tomato dan sos kicap pedas.

Kataya, pada masa sekarang, produk syarikat itu dipasarkan di beberapa kedai dan pusat membeli belah di Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Menurutnya penghantaran produk dilakukan sendiri oleh syarikatnya dan dengan bantuan pemborong terutama untuk pasaran di daerah ini.

"Produk yang dihasilkan mendapatkan sambutan menggalakkan dan pendapatan syarikat pada masa sekarang antara RM7,000 hingga RM10,000 sebulan," katanya kepada Bernama di sini.

Yanong berkata pada masa sekarang, syarikatnya di dalam proses mendapatkan sijil Halal bagi membolehkan produk syarikat itu dipasarkan ke Brunei Darussalam dan Arab Saudi.

Sehubungan itu, katanya, syarikatnya kini dalam proses memenuhi syarat untuk mendapatkan sijil halal dan meningkatkan kualiti pembungkusan produk.

Beliau berkata pihaknya menumpukan perniagaan berasaskan bebola daging disebabkan tidak banyak syarikat tempatan yang mengeluarkan produk itu di Sabah terutama di kawasan pantai timur.

-- BERNAMA

Wednesday, November 21, 2012

Dana EIF untuk PKS tahun depan RM15 juta

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) memperuntukkan RM15 juta Dana Inovasi Enterpris (EIF) tahun depan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya yang ingin mengkomersialkan produk berinovasi. Timbalan Menterinya, Datuk Fadillah Yusof berkata, ia diyakini dapat disalurkan sepenuhnya kepada PKS yang melepasi kelayakan permohonan.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DanaEIFuntukPKStahundepanRM15juta/Article/index_html
Published: November 21, 2012

Katanya, sebanyak RM10 juta dana EIF disediakan untuk tahun ini dan pihaknya sudah meluluskan 28 projek PKS daripada 81 permohonan yang diterima pada 2011.

“Dana ini untuk memudahkan penyertaan PKS dalam aktiviti inovasi melalui pembangunan atau penambahbaikan produk, proses atau perkhidmatan sedia ada atau baru yang mempunyai elemen inovasi untuk dikomersialkan. Malah, melalui skim ini Mosti menyediakan dana sehingga RM500,000 bagi PKS yang layak.

“Kami mengalu-alukan mereka yang mempunyai produk atau inovasi terbaru di pasaran mengambil peluang ini untuk memohon EIF, sekali gus untuk pembangunan PKS yang lebih mapan dan berdaya saing,” katanya pada sidang media sempena Forum SME CEO 2012 di Petaling Jaya, semalam.

Menurutnya, PKS perlu peka terhadap teknologi dan inovasi untuk memperbaiki produktiviti mereka kerana PKS juga boleh menjadi peneraju dalam industri inovasi di negara ini.

Fadillah berkata, tahun ini terdapat 49 permohonan diterima, namun hanya sembilan diluluskan dan pihaknya masih membuka peluang kepada PKS untuk tampil dengan idea serta inovasi terkini terutama yang belum ada lagi di pasaran.

TM hargai usahawan

Telekom Malaysia Bhd (TM) menghargai ahli perniagaan terbaik di kalangan usahawan dalam majlis anugerah Anugerah Usahawan TM 2012.Anugerah itu dianjurkan bagi menghargai usahawan di bawah Program Pembangunan Usahawan (EDP) TM yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang sepanjang 2010 dan 2011.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tm-hargai-usahawan-1.105224
Published: November 20, 2012

TM hargai usahawan
Mahathir (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Usahawan Terbaik kepada Pengarah Urusan 
Binaan Desjaya Sdn Bhd, Datuk Abdul Rahman Daud diperhatikan Halim (kiri).
 
Majlis anugerah ini turut mendorong usahawan meningkatkan daya inovasi, daya saing, keberuntungan dan kualiti serta mengambil bahagian dalam peningkatan, kreativiti, inovasi,  penyelidikan dan pembangunan.

Antara anugerahnya diberi termasuk Anugerah Usahawan Terbaik Pembuatan, Anugerah Usahawan Terbaik JKH, Anugerah Khas Kepelbagaian Perniagaan, Anugerah Khas ‘Blue Lane’ dan Anugerah Usahawan Terbaik.

Pengerusinya, Datuk Halim Shafie berkata, anugerah ini penting bagi meraikan usahawan dan vendor TM yang telah menunjukkan prestasi dan pertumbuhan yang cemerlang, sekali gus menjadi contoh oleh usahawan-usahawan lain.

TM salah satu GLC yang telah lama mewujudkan EDP dengan lebih 600 syarikat bernaung di bawah program itu,” katanya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, program pembangunan usahawan yang dikendalikan TM sememangnya satu inisiatif yang harus dipuji ke arah mewujudkan golongan usahawan

Bumiputera yang cekap, berdaya saing dan berjaya.
“Keupayaan usahawan teroka peluang yang ada dan berani mengambil risiko, adalah kualiti-kualiti yang perlu diterapkan di kalangan usahawan berjaya, khususnya di bawah inisiatif korporat,” katanya.

Tuesday, November 20, 2012

Jam tawaf pertama di Malaysia

Unik! Pusingan jarum minit dan saat mengikut tawaf Kaabah sekali gus menjadikan produk Hijra adalah yang pertama diketengahkan dalam pasaran Malaysia.Tertarik dengan penjelasan pensyarah mengenai akhir zaman, mendorong empat sahabat mengambil inisiatif mencipta dan mengeluarkan jam tangan lawan arah berbanding sedia ada hanya mengikut arah.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/jam-tawaf-pertama-di-malaysia-1.105281
Published: November 21, 2012

Jam tawaf pertama di Malaysia
Jam tangan Hijra produk pertama berkonsep pusingan tawaf Kaabah
 
Hijra Timepieces menerusi jenama Hijra menjadi satu-satunya pengeluar jam tangan lawan arah kepada pelanggan sejak enam bulan lalu selepas melalui proses Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) selama tiga tahun.

Laman sosial Facebook digunakan sebagai platform pemasaran dan jualan secara atas talian selain menggunakan khidmat lapan pengedar terlantik di seluruh Semenanjung Malaysia.

Enam bulan jaminan kerosakan
Pengurus Pemasaran dan Jualan Hijra Timepieces, Izham Fitri Ismail berkata, sambutan memberangsangkan daripada pelanggan membuatkan Facebook Hijra Timepieces mendapat hampir 20,000 Like.

Menurutnya, antara keistimewaan ditawarkan kepada pelanggan adalah dengan memberi tempoh jaminan kerosakan selama enam bulan bermula hari pembelian.

“Sekiranya terdapat kerosakan dalam tempoh tersebut, penggantian jam tangan baru akan diberikan selepas kerosakan dikenal pasti.

“Setiap produk yang dihantar secara pos akan dikenakan caj penghantaran. Bagi pelanggan di Semenanjung Malaysia RM7 manakala Sabah dan Sarawak RM10,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Puchong.

Sasar jualan cecah RM13,000
Izham berkata, jam tangan Hijra ditawarkan dalam dua segmen iaitu untuk lelaki dan wanita selain jam dinding.

Menurutnya, purata jualan dan tempahan direkodkan dalam masa sebulan mencecah 200 unit dengan jualan bersih sebanyak RM6,000.

“Penerimaan yang baik daripada pelanggan menjadikan kami lebih optimis dapat mencapai jualan sehingga RM13,000 bagi tahun 2013.

“Sekiranya syarikat ingin meningkatkan jualan, maka kami perlu memastikan stok sedia ada bagi semua segmen jam mencukupi,” katanya.

Menurut Izham, kadangkala barang di-perlukan tidak mencu-kupi tambahan pula pengeluaran jam itu lebih sukar berbanding sedia ada.

Tembusi pasaran Indonesia
Menurut Izham, setakat ini masih tiada perancangan untuk menambah produk lain selain meningkatkan kualiti produk dari segi reka bentuk.

“Sehingga kini, terdapat lapan reka bentuk dan 16 jenis tali ditawarkan kepada pelanggan, malah syarikat masih tiada perancangan untuk menambah produk.

“Bagaimanapun, kami bercadang untuk membuka kedai dan tembusi pasaran luar dalam tempoh dua tahun khususnya Indonesia,” katanya.
Dia berkata, selain itu, syarikat menyasarkan penambahan 22 pengedar menjelang penghujung 2013 bagi melengkapkan 30 kesemuanya.

Technology Park to hold workshop for bio-entrepreneurs

KUALA LUMPUR: Technology Park Malaysia Corp Sdn Bhd (TPM), Malaysia's pioneer technology park and a biotechnology incubator, will be organising a one-day workshop designed specifically for biotech entrepreneurs and companies aimed at capitalising on the global opportunities.

Source from (Business Times): http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/TPM/Article/
Published: November 20, 2012

Its chief executive officer Datuk Mohd Azman Shahidin said the workshop will provide bio-entrepreneurs an invaluable insight into available solutions for the commercialisation of their products and technologies as well as ways forward to strategically penetrate the global market.

"TPM, being the pioneer biotechnology incubator, is constantly keeping abreast of the latest global developments in biotechnology and life sciences in efforts to assist and ensure that the technologies and products of Malaysian biotech entrepreneurs are accepted and recognised in the international arena," he said in a press statement release yesterday.

Called the Technology and Business Audit Workshop, it will be held on November 22 at the Resource Centre Auditorium, Technology Park Malaysia in Bukit Jalil.

Participants at the workshop will learn the right techniques on business pitching and will be given a one-on-one business consultation to help develop their networking, business strategy and marketing skills.

One of the UK's youngest scientists turned entrepreneur who is now the chief executive officer of Zyoxel Ltd, an Oxford University spin-out company, Dr Tim Hart, will jointly facilitate the workshop with the chairman of The Eurasia Consortium Ltd, UK, Dr Stuart Kewley.

Both facilitators have immense experience in the subject of commercialisation and internationalisation, having worked on projects with the Russian government.

In addition, other areas of concerns such as gaining the right market niche, information gathering and strategising in the right direction will be addressed by the British experts, Mohd Azman said.

"Following the conclusion of the workshop, TPM will link participants up with ISIS Innovation Transfer Office (UK) to gain access to pool of talents, experts and network of ISIS, and work together to assist them in attaining their strategic goals," he added.

Monday, November 19, 2012

Bumiputera Islam digesa sertai pasaran makanan halal

KINABALU 18 Nov. - Penglibatan golongan bumiputera Islam khususnya di negeri ini dalam pasaran makanan halal masih kurang, sebaliknya golongan bukan Islam dilihat lebih serius menceburkan diri dalam bidang itu. Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran mengesa seluruh umat Islam merebut peluang pasaran makanan halal negara yang dianggarkan mencecah RM190 bilion setahun.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20121119/wb_07/Bumiputera-Islam-digesa-sertai-pasaran-makanan-halal
Published: November 19, 2012


Nasrun Datu Mansur (kiri) melawat sebuah gerai pameran perubatan tradisional 
pada pameran Industri Halal Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

"Ramai yang agak skeptik dengan angka tersebut, namun jika setiap penduduk Malaysia beragama Islam yang berjumlah 17 juta orang mengeluarkan RM10 sehari untuk makanan, maka pasaran yang tersedia sudah mencecah lebih RM60 bilion setahun.

"Ini belum termasuk makanan yang diambil oleh pelancong, untuk kegunaan industri dan sebagainya," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian pameran Industri Halal Antarabangsa Sabah di sini kelmarin.

Ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nasrun Datu Mansur.

Menurutnya, industri makanan halal turut berpotensi diperluaskan ke luar negara kerana pasaran makanan halal dunia pada masa ini mencecah RM2.3 trilion.

Tambahnya, dengan pertambahan penduduk dunia yang semakin meningkat, industri makanan halal sudah menjadi satu kemestian.

"Ini merupakan satu perkembangan menarik bagi penganut Islam yang dijangka bertambah bilangannya kepada lebih 8.3 bilion pada tahun 2030 meliputi 79 buah negara.

"Namun dengan kadar pertumbuhan penduduk muslim sedunia yang dianggarkan pada 2.2 peratus setahun, kini angka tersebut mungkin akan dicapai lebih cepat lagi," katanya.

Sementara itu beliau berkata, meskipun pelbagai bantuan telah diberikan kerajaan, lebih banyak dana perlu disalurkan ke dalam industri itu dari semasa ke semasa.

Tambahnya, selain itu para usahawan juga perlu lebih serius dan menunjukkan kesungguhan untuk memenuhi keperluan dan syarat mendapat sijil halal.

Dalam pada itu beliau berkata, Sabah sudah bersedia memainkan peranannya sebagai Hab Halal Global menjelang 2020.

Ujarnya, pada masa ini kerajaan negeri sedang giat membangunkan tanah seluas 184 hektar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu Sepanggar sebagai kawasan hab halal.

Interest-free loans soon for petty traders

PUTRAJAYA: Hawkers and petty traders may enjoy interest-free loans to expand their businesses from January next year, said Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. He added that his ministry had discussed with the Public-Private Cooperation Unit (Ukas) the possibility of offering zero-interest loans to small businesses under the Government’s 2013 Micro-Credit Scheme.

Source from (The Star Online): http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/11/19/nation/12339691&sec=nation
Published: November 19, 2012

“Ukas has agreed in principle to the plan to give out the loans at 0% interest.
“This has been documented in the minutes of our meeting with them, but for now it remains unofficial,” he said after launching the National Hawkers and Petty Traders Convention 2012 here yesterday.

A total of RM50mil has been allocated for 2013 under the scheme to provide loans ranging from RM5,000 up to RM50,000 to small business owners registered with the Companies Commission of Malaysia.

Ismail said the scheme aims to provide hawkers and petty traders help in either increasing their working capital or expanding their businesses, for example by upgrading their stalls or buying more equipment.

Maxis believes in untapped potential of SME segment

MAXIS Bhd believes there is good growth potential in offering end-to-end business solutions to the small and medium enterprises (SME) market as the segment is still fairly untapped. "Competition among businesses is increasing everyday. Companies need to realise that in order to compete better in the market space, they need to be an adopter of technologies or IT solutions," said Maxis head of business services Fitri Abdullah.

Source from (Business Times): http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/GOHMAX/Article/
Published: November 19, 2012




Maxis, the biggest mobile operator in the country, is also the market leader in mobile services for the SME market.

However, to grow its business in the SME segment, the company will need to offer more than just mobile voice services to its business users.

This is why the company launched its Built for SME Solutions - Logistics and Transportations, yesterday.

The launch came about half a year after it launched Built for SME Solutions - Retail, in April.

It was Maxis' first attempt to launch business solutions catered to a specific industry within the SME segment.

The launch in April was successful, as it managed to double the take-up rate of the products offered, said the company.

It is expecting a similar take-up with its new solutions.

Despite the encouraging take-up rate, Fitri believes it is not time to celebrate as the take-up rate of IT business solutions or IT solutions that help companies to be more efficient remains small.

"The thing with the SME industry is that you need more success stories on how business solutions and technologies have significantly improved their businesses. There is a need to increase the awareness level in this area. We know it takes time," he said.

Currently, about 32 per cent of Malaysia's gross domestic product (GDP) is contributed by the SME sector. By 2020, contribution by SME sector to the country's GDP is expected to grow to 40 per cent.

"We want a piece of that growth, that's what we are going after," said Fitri.

The newly-launched Built for SME Solutions - Logistics and Transportations is a bundled solution that comprises a host of services beyond fixed and mobile solutions. This includes Maxis Managed Machine-to-Machine (M2M), Logistics and Warehouse Management System via Maxis Clous and Maxis Fixed Line Saver with Unity Hotline.

It partners software vendors Maytrack Sdn Bhd for the Maxis Managed M2M solutions and ProdigyNet Solutions Sdn Bhd for the Logistics and Warehouse Management System.

With these solutions, logistic and transportation companies will be able to manage their warehouses, or even their fleet of delivery vehicles more efficiently.

For example, if the company driver is speeding or conducts off-hour operations, a notification message will be sent to the company owner.

Sunday, November 18, 2012

Symantec Corporation tawar perkhidmatan baru

Symantec Corporation (Symantec) mengumumkan Symantec Endpoint Protection Small Business Edition 2013 bagi menjamin keselamatan usahawan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia dalam urusan berkaitan teknologi maklumat (IT).

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/symantec-corporation-tawar-perkhidmatan-baru-1.104623
Published: November 18, 2012

Symantec Corporation tawar perkhidmatan baru
Avinash (kiri) menunjukkan perkhidmatan penyelesai keselamatan yang 
boleh didapati melalui Symantec e-store kepada Routley.

Ketua Pemasaran Produk SMB Symantec Asia Pasifik dan Jepun, Philip Routley berkata, lebih daripada tiga per empat PKS di Malaysia dilaporkan menghadapi serangan siber dan memerlukan penyelesaian keselamatan berskala tinggi, mudah dipasang serta diuruskan.

Menurutnya, Symantec Endpoint Protection Small Business Edition 2013 mampu memberi perlindungan diperlukan dengan ciri pemasangan pantas, perlindungan menghadapi ancaman virus dan malware.
“Ia akan dikemaskan secara automatik bagi menyampaikan perlindungan kritikal bersesuaian bagi pengguna komputer riba, desktop dan fail pelayan.
“Direka khas untuk kegunaan PKS, penyelesaian baru ini menunjukkan komitmen Symantec menawar, membantu, menyampai dan melindungi komuniti perniagaan di seluruh dunia,” katanya.

Pengarah Strategik jualan Symantec Asia Pasifik dan Jepun, Avinash Lotke berkata, PKS adalah kunci rantaian bekalan yang menguruskan maklumat berharga dan memproses data pelanggan dengan kerap.

Avinash berkata, selain kehilangan data berikutan serangan siber, mereka juga berdepan dengan cabaran melindungi perniagaan dengan pembelian, pemasangan, pengurusan sistem keselamatan yang semakin rumit.

“Symantec Endpoint Protection Small Business Edition 2013 sedia didapati di beberapa negara terpilih melalui rangkaian penjual, pengedar dan penyepadu sistem sah atau menerusi Symantec e-store,” katanya.

Saturday, November 17, 2012

Rebut peluang majukan industri IKS

SEREMBAN 16 Nov. - Pelbagai ruang dan peluang yang disediakan oleh kerajaan menerusi Bajet 2013 bagi merangsang serta memajukan industri kecil dan sederhana (IKS) ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan usaha kerajaan negeri memperkasakan sektor berkenaan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121117/ws_03/Rebut-peluang-majukan-industri-IKS
Published: November 17, 2012

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, antara peluang yang disediakan oleh kerajaan termasuklah dana, kursus serta latihan bagi membolehkan orang ramai berkecimpung dalam bidang IKS.

''Malah kerajaan turut menyediakan peluang bagi mereka menerokai pasaran dalam dan luar negara menerusi pameran dan promosi produk yang dianjurkan oleh pihak kementerian dan kerajaan negeri.

''Agensi kerajaan seperti Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) turut menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan," katanya ketika di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri melihat IKS mampu dikembangkan, malah boleh menjana pendapatan usahawan yang terlibat dalam sektor berkenaan, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.

Ditanya tentang jumlah IKS di negeri ini, Yunus menjelaskan, setakat ini terdapat 2,800 pengusaha di negeri ini yang bergiat aktif dan mengusahakan pelbagai produk termasuklah makanan, perkhidmatan dan sebagainya.

Pada masa sama, beliau menjelaskan kerajaan negeri turut menyasarkan penambahan lima peratus usahawan dalam sektor ini.

Kata beliau, bagi menjayakan hasrat berkenaan, semua jabatan diminta untuk membantu IKS bagi memastikan matlamat itu tercapai.

''Kita hendak supaya semua agensi yang membangunkan IKS menitikberatkan soal keberkesanan serta keberhasilan golongan ini untuk merebut peluang menghasilkan produk yang boleh dipasarkan.
''Apa yang dapat kita lihat ketika ini, banyak produk yang dihasilkan sektor IKS bermutu tinggi. Apabila ada bantuan daripada agensi kerajaan, diyakini produk ini akan dapat dipasarkan bukan setakat di negeri ini, malah di luar negara," jelas.