Wednesday, October 31, 2012

Maxis Sertai Qualcomm Untuk Sokong Usahawan Wanita Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Qualcomm Inc, melalui inisiatif Wireless Reachnya, Yayasan Cherie Blair bagi Wanita dan Yayasan Pendidikan dan Latihan Vokasional (YPVWM), mengumumkan bahawa Maxis Bhd telah menyertai Program Perniagaan Pementoran Wanita untuk menyokong para usahawan wanita di Malaysia.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=705638
Published: October 31, 2012

Maxis, penyedia perkhidmatan komunikasi utama Malaysia, akan menyediakan pelan data selama 12 bulan kepada wanita bagi membolehkan mereka mengakses platform pementoran perniagaan menggunakan tablet 3G.

Ketua Perkhidmatan Perniagaan Maxis Fitri Abdullah berkata, sebagai peneraju penyedia komunikasi bersepadu negara ini, Maxis komited untuk memanfaatkan kuasa teknologi maklumat dan komunikasi bagi menangani keperluan masyarakat dari kesemua lapisan kehidupan dan memperkayakan kehidupan.

"Kami berbangga menyokong program ini dengan menyediakan para peserta dengan sambungan data mudah alih berkelajuan tinggi yang membolehkan mereka melangkaui sempadan dan akhirnya dengan ahli profesional perniagaan dan mentor dari seluruh dunia serta akhirnya meningkat ke tahap seterusnya," katanya.

Majlis itu dihadiri oleh Cherie Blair, iaitu pengasas Yayasan Cherie Blair bagi Wanita dan Presiden YPVWM Mariamah Jaffar.

-- BERNAMA

No comments: