Tuesday, October 16, 2012

Penerbitan Buku Panduan Dasar Beri Manfaat Kepada PKS, Kata SME Corp

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=702203

Published: October 16, 2012

PETALING JAYA, 15 Okt (Bernama) -- SME Corp menjangka perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan akan mendapat manfaat daripada pengenalan Buku Panduan Dasar untuk pembangunan mereka di Asia dan Pasifik.

Ketua pegawai eksekutifnya Datuk Hafsah Hashim berkata buku panduan itu akan melengkapkan Pelan Induk PKS Malaysia dalam memupuk pembangunan PKS di negara ini.

"Buku panduan itu boleh memudahkan akses kepada dasar teknologi, pasaran, peningkatan kemahiran dan maklumat tentang PKS itu di rantau ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku panduan itu di Forum Perniagaan Asia Pasifik 2012 di sini hari ini.

Beliau berkata ini adalah sejajar dengan wawasan kerajaan, untuk membawa sumbangan PKS kepada keluaran dalam negara kasar negara (KDNK) kepada 41 peratus menjelang 2020 daripada 32.5 peratus pada masa ini, seperti yang digariskan dalam pelan induk.

Pelan induk itu juga menyasarkan PKS untuk menyumbang 60 peratus kepada guna tenaga negara dan 25 peratus kepada eksport.

-- BERNAMA. 

No comments: