Friday, October 26, 2012

Durian beku laris di ekspo Beijing

Ekspo Produk dan Kebudayaan Malaysia yang berlangsung selama tujuh hari di Beijing, bermula semalam dijangka meraih jualan lebih sejuta yuan (RM487,577). 

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DurianbekularisdiekspoBeijing/Article
Published: October 26, 2012

Unjuran jualan itu adalah pertambahan dua angka berbanding yang dicatatkan tahun lalu, kata Ketua Eksekutif Parkson Retail Group Ltd, Tan Hun Meng.
Beliau berkata, durian beku masih lagi menjadi produk utama yang dipromosikan kerana jualannya mencecah 400,000 yuan (RM195,030) pada ekspo sebelumnya.

Kami yakin jualan durian di ekspo ini akan melepasi jumlah itu. Parkson berhasrat menjual 2000 paket durian beku di ekspo berkenaan, katanya kepada BERNAMA di Beijing semalam.

Ketua Pegawai Operasi Parkson Retail, Low Kim Tuan pula berkata ekspo itu dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung setiap hari, iaitu antara dua dan tiga kali lebih tinggi berbanding ekspo sebelumnya.

Ekspo itu dianjurkan bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia pejabat Beijing dan Beijing Fuxingmen Parkson Store.

Ia bertujuan mempromosikan restoran dan masakan Malaysia di bawah program Dapur Malaysia, makanan dan minuman serta pelancongan dan pertanian di China. Kempen 188 Yuan Eat All You Can Durian Buffet turut diadakan.
Rasa durian tidaklah seperti yang saya bayangkan. Mungkin ini ialah yang beku, jadi, bila makan, rasa macam makan aiskrim, kata Pengarah Jualan, James Cao.

No comments: