Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=703547
Published: October 21, 2012
PAGOH, 20 Okt (Bernama) -- MARA berhasrat melahirkan lima kelompok
utama usahawan bagi melonjakkan golongan berkenaan dalam menghadapi
persaingan sengit pada masa akan datang.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal
berkata, lima kelompok tersebut ialah usahawan korporat, tekno-usahawan,
usahawan peruncitan, usahawan pembuatan dan kontraktor berwibawa.
Beliau berkata, usaha itu dipacu dengan strategi pembangunan usahawan
baru, pemantapan usahawan sedia ada dan pembangunan enterprise menerusi
program pembentukan usahawan, pemasaran, peluang perniagaan,
penjenamaan, pembiayaan, latihan industri dan premis perniagaan.
"Bagi melancarkan inisiatif Mara, saya menyeru agar semua agensi
termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) serta penggiat utama industri
memberi kerjsama sebaik mungkin kepada agensi yang dirintis Mara untuk
kepentingan bumiputera," katanya.
Beliau berkata demikian semasa perasmian Karnival Keusahawanan dan
Pendidikan Johor anjuran Mara oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin di Kompleks Sukan Pagoh di sini Sabtu.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment