Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelanIndukPKSbantuusahawan/Article
Published: October 16, 2012
Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Hafsah Hashim, berkata hasrat untuk melihat sektor PKS berkembang lebih pesat akan menjadi lebih mudah dengan adanya sokongan berkenaan.
Hasrat untuk melihat sektor PKS berkembang lebih pesat akan menjadi lebih mudah dengan adanya sokongan berkenaan," Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia“Sasaran untuk melihat PKS menyumbang 8.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 sangat realistik.
“Sasaran untuk PKS menyumbang masing-masing sebanyak 25 dan 62 peratus kepada jumlah eksport dan penyediaan peluang pekerjaan juga adalah optimis untuk dicapai dengan gabungan kedua-dua ini,” katanya selepas melancarkan buku panduan itu di Petaling Jaya, semalam.
Pelancaran buku panduan itu bersempena Forum Perniagaan Asia Pasifik 2012 yang berlangsung selama tiga hari di Petaling Jaya yang berakhir hari ini.
Ia membincangkan tentang dasar negara yang berkaitan, masalah dihadapi dan cadangan konkrit untuk syarikat PKS mengembangkan operasi di Asia Pasifik, sekali gus membantu mereka meneroka secara lebih berkesan pasaran rantau itu.
Ketika ini, sektor PKS menyumbang 6.8 peratus kepada KDNK, 15 hingga 20 peratus nilai eksport dan mewujudkan antara 50 hingga 60 peratus peluang pekerjaan di negara ini.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, berkata pertumbuhan PKS tempatan adalah sejajar dengan yang dicatatkan ekonomi Asia Pasifik.
Bantu usahawan PKS
Katanya, ia disokong pelaksanaan Pelan Induk PKS yang diumumkan kerajaan baru-baru ini yang menjadi struktur utama dalam membantu usahawan PKS.
“Pelan induk ini dirangka untuk membolehkan PKS mengambil peluang bekerjasama, menjadi vendor dan pembekal kepada syarikat di rantau ini,” katanya.
Beliau berkata, SME Corp juga menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan sektor swasta untuk melengkapkan Pelan Induk itu dari segi kemudahan perdagangan, rantaian logistik, proses percukaian dan perkara berkaitan pelabuhan serta perkapalan.
“Kami juga menganjurkan bengkel Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) untuk PKS supaya mereka memahami pasaran yang bakal disertai,” katanya
No comments:
Post a Comment