Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121017/ek_03/PUNB-tidak-mohon-pinjaman
Published: October 17, 2012
KUALA LUMPUR 16 Okt. - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
tidak akan memohon pinjaman atau dana daripada kerajaan mulai tahun ini.
Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, PUNB kini mempunyai aset
bernilai lebih RM1.5 bilion dan berupaya menggunakan sumber tersebut
untuk terus berdaya saing dan mencatat keuntungan.
Semenjak 1992, PUNB telah menerima pinjaman sejumlah RM800 juta dan
kami akan membayar balik pinjaman-pinjaman itu kepada kerajaan secara
berperingkat hingga tahun 2028.
PUNB tidak patut bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Selepas saya
mengambil alih jawatan pengerusi, saya fikir PUNB boleh menggunakan
sumber yang ada," katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Cabaran
Pelan Perniagaan PUNB 2012 di sini hari ini.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, bagaimanapun, pihaknya
masih terbuka untuk menerima geran daripada kerajaan bagi tujuan dan
inisiatif khas dalam usaha meningkatkan tahap keusahawanan Bumiputera di
negara ini.
Semenjak penubuhannya, PUNB telah memberikan pinjaman bagi membantu lebih 3,000 perniagaan di seluruh negara," katanya.
Sementara itu, jelas beliau, PUNB menjangka meningkat pengagihan
pinjaman kira-kira 50 juta kepada RM250 juta tahun depan berbanding
sasaran RM200 juta untuk tahun ini.
Khairy berkata, peningkatan itu sejajar dengan pembukaan beberapa
pejabat-pejabat baharu perbadanan tersebut di seluruh negara, termasuk
di Sabah dan Sarawak.
Bagi tahun ini, PUNB telah mengagihkan pinjaman bernilai RM117 juta.
Jumlah itu dilihat sedikit berbanding sasaran pinjaman kita iaitu RM200
juta.
Namun saya yakin kita boleh mencapai sasaran RM200 juta sehingga
hujung tahun ini dan PUNB juga kini akan mencari syarikat yang
memerlukan bantuan kewangan," katanya.
Jelas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu lagi, dana pembiayaan PUNB
disalurkan menerusi empat skim iaitu Skim PROSPER Runcit, Skim PROSPER
Borong, Skim Usahawan Kecil dan Sederhana dan Skim PROSPER Graduan
dengan tawaran pembiayaan antara RM5,000 dan RM5 juta.
Khairy menambah, PUNB akan menganjurkan Cabaran Pelan Perniagaan PUNB
2012, yang bertujuan mendedahkan orang ramai mengenai pinjaman dan dana
PUNB .
Katanya, pertandingan itu yang dibuka sejak September lalu hingga 30
November ini menawarkan dua kategori iaitu pelajar dan umum dengan
peluang memenangi wang tunai RM170,000.
No comments:
Post a Comment