Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121016/ek_06/PKS-Malaysia-dalam-proses-integrasi
Published: October 16, 2012
PETALING JAYA 15 Okt. - Pengusaha kecil dan sederhana (PKS) Malaysia
dalam proses berintegrasi dagangan dengan PKS dan syarikat-syarikat
besar antarabangsa.
Malah, PKS tempatan kini berpotensi untuk menjadi vendor dan pembekal barangan kepada syarikat multinasional di luar negara.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria berkata, pelan induk SME telah pun
dikeluarkan bagi tujuan integrasi tersebut.
Katanya, bagi pihak kementerian, integrasi di peringkat Asia Pasifik
akan berlaku di peringkat Kementerian Pengangkutan dengan Jabatan
Imigresen dan lain-lain lagi.
"Melalui pelan induk baharu PKS, kami telah melakukan kerjasama di
antara PKS dengan kementerian, industri dan sektor swasta,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Forum Perniagaan Asia Pasifik 2012 di sini hari ini.
Tambah Rebecca Fatima, PKS tempatan memainkan peranan penting dalam negara.
Katanya, selagi pertumbuhan perniagaan di Asia Pasifik berlaku, selagi itu PKS tempatan akan berkembang pantas.
"Kami di kementerian telah menyediakan kemudahan dagangan kepada PKS tempatan untuk berkembang luas di luar negara," ujarnya.
Ditanya mengenai penglibatan PKS dalam Perjanjian Perdagangan Bebas
(FTA) di peringkat ASEAN dan Asia Pasifik, jelas Rebecca Fatima,
pihaknya kini dalam proses menyediakan klinik bagi membimbing PKS
mengenai perkara itu.
"Kami mahu para PKS mengambil peluang hasil FTA yang terbentuk,'' ujarnya.
No comments:
Post a Comment