KUALA LUMPUR - Malaysian Debt Ventures Bhd (MDV), anak syarikat milik
penuh Menteri Kewangan yang Diperbadankan (MoF), hari ini mengumumkan
komitmen penuhnya ke arah pelaksanaan Dasar Lorong Hijau.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mdv-sokong-dasar-lorong-hijau-merangsangkan-pks-malaysia-1.96998
Published: October 23, 2012
Skim yang baharu diperkenalkan itu, satu inisiatif oleh kerajaan untuk
terus merancakkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),
sekali gus mengiktiraf kepentingan PKS kepada pembangunan ekonomi
negara.
Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MDV,
Datuk Md Zubir Ansori Yahaya berkata dasar itu akan membantu lebih
ramai PKS mendapatkan kelebihan dan seterusnya memperbaiki daya saing
dalam sektor teknologi.
Md Zubir berkata dengan kadar yang disubsidikan iaitu dua peratus
setahun, insentif cukai, pengecualian duti setem dan keutamaan dalam
aktiviti pemerolehan oleh syarikat-syarikat MoF Inc, MDV yakin yang
dasar itu akan mewujudkan peluang yang lebih baik untuk PKS yang
inovatif untuk melancarkan perniagaan mereka.
Sejak penubuhannya pada 2002, MDV telah meluluskan pinjaman berjumlah
RM6.25 bilion kepada 445 syarikat, dengan kira-kira RM3.5 bilion untuk
PKS teknologi.
MDV pada masa ini sedang meninjau lebih banyak peluang untuk
bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam beberapa
program baharu, bagi menggalakkan penglibatan lebih banyak syarikat yang
diperbadankan tempatan dalam tiga sektor yang dimandatkan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT), Bioteknologi dan Teknologi Hijau.
Untuk tahun ini, MDV telah memperuntukkan RM970 juta untuk menyokong sektor-sektor ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mdv.com.my. - Bernama
No comments:
Post a Comment