Friday, October 26, 2012

MITI Bantu Promosi Syarikat Francais Ada Produk Yang Baik

ALOR SETAR, 25 Okt (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan membantu jenama francais tempatan yang mempunyai produk yang baik untuk diketengahkan ke pasaran global, kata Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=704836
Published: October 26, 2012

Katanya usaha untuk syarikat francais dari Malaysia menembusi pasaran antarabangsa bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ada syarikat yang mampu berbuat demikian.

Beliau berkata ini membuktikan bahawa jenama Malaysia mampu menembusi pasaran antarabangsa dan diterima baik oleh masyarakat di negara-negara terlibat.

"Kita ada jenama besar seperti Secret Recipe, Marry Brown dan Nelson, yang jual jagung pun boleh sampai ke Mekah. Penerimaan jenama Malaysia agak baik terutama produk makanan untuk pasaran Asia Barat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Oblong Port di Menara Alor Setar di sini Khamis.

Oblong Port Menara Alor Setar adalah kiosk oblong kedua milik syarikat Seleraku Trading Sdn Bhd, yang menggunakan jenama "Sempoi". Kiosk pertama terletak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini.

-- BERNAMA

No comments: