Friday, October 19, 2012

SME Corp Setuju Lantik Mssb Pemeroleh Pihak Ketiga Bagi Perkhidmatan E-pembayaran

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=703115

Published: October 19, 2012

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- SME Corp Malaysia bersetuju melantik Managepay Services Sdn Bhd (MSSB) sebagai pemeroleh pihak ketiga bagi Perkhidmatan e-Pembayaran untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Program Perusahaan Mikro.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, ManagePay Systems Bhd berkata unit milik penuhnya, MSSB, menerima surat berkaitan dengan pelantikan itu semalam.

"Surat itu tidak seharusnya ditafsirkan sebagai mengikat dan tertakluk kepada perjanjian formal yang akan dimeterai oleh MSSB dan SME Corp yang jelas menggariskan terma dan syarat yang mentadbir perjanjian komersil dan menakrif peranan dan tanggungjawab, hak, obligasi dan liabiliti masing-masing yang akan dimeterai oleh kedua-dua pihak," kata syarikat itu.

Perkhidmatan e-Pembayaran bagi PKS dan Program Perusahaan Mikro adalah projek di bawah inisiatif Digital Malaysia yang bertujuan meningkatkan penggunaan e-pembayaran di kalangan PKS.

Dengan inisiatif ini, PKS dan perusahaan mikro mempunyai keupayaan untuk menerima e-Pembayaran menerusi kaedah mempermudah proses pembelian dan mengurangkan kos, kata syarikat itu.

-- BERNAMA 

No comments: