Friday, October 26, 2012

MBO perluas operasi di China, Indonesia

MALAYSIA Brand Outlet (MBO), pusat sehenti yang menempatkan produk buatan tempatan yang mula dibuka di Singapura akan meluaskan operasi di China dan Indonesia menjelang akhir tahun ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MBOperluasoperasidiChina_Indonesia/Article/index_html
Published: October 26, 2012

Idea untuk membuka MBO adalah cetusan daripada Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB Malaysia) dan ia adalah projek kerjasama antara Malaysia dan Singapura yang diterajui syarikat swasta dengan disokong Matrade.

Ia diuruskan syarikat Malaysia iaitu Infinity Channel Sdn Bhd dan syarikat Singapura, IM Gateway Pte Ltd. Melalui MBO, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan bukan saja dapat memasuki pasaran baru dengan kos rendah, malah dapat memasarkan produk mereka secara konsisten selain menerima khidmat bantuan daripada aspek logistik, promosi dan padanan perniagaan.

MBO boleh menempatkan 70 syarikat PKS Malaysia dengan produk terdiri daripada kategori FMCG (fast moving consumer good) dan produk gaya hidup seperti lukisan, kosmetik, produk kesihatan, kecantikan serta produk makanan dan minuman antaranya Pathol, Franch oil, Smart Herbs, BioSunnah, kosmetik Grace, Harmony, coklat Malsa dan D’Heritage.

Kira-kira 100 hasil karya pelukis tempatan turut dipamerkan di bahagian galeri MBO antaranya karya Ali Mabuhai, Mat Nor Jantan, Molly, Ismail Kadir dan Peter Balang.

Selepas Singapura, Indonesia dan China, GMB Malaysia menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan di beberapa negara Asean pada tahun depan.

No comments: