Published: October 05, 2012
Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my
TAHNIAH....Mustapa (tengah) berbual dengan penerima Anugerah
Biasiswa Panasonic, Zulfadhli Zaini dan Foo Ching Chze (kiri) sambil
diperhatikan Toshiro (kanan) dan Kazuhiro.
MALAYSIA terus rancak menerima kehadiran pelabur Jepun dengan gergasi elektronik, Panasonic melabur RM4.6 bilion untuk membuka kilang panel solar di Kulim, Kedah, selain empat syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari negara matahari terbit itu turut komited untuk memulakan operasi perniagaan di negara ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini membuktikan keyakinan pelabur luar dengan kekuatan ekonomi dan kestabilan politik di Malaysia.
“Pelaburan ini penting kepada negara dan ia akan menyediakan peluang pekerjaan, contohnya kilang panel solar Panasonic yang akan menawarkan 3,500 peluang pekerjaan.
“Ia juga membuktikan Malaysia bukan saja mampu menarik syarikat multinasional dan badan-badan korporat besar, malah syarikat PKS,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Biasiswa Panasonic kepada dua pelajar yang berlepas ke Jepun tidak lama lagi untuk mengikuti pengajian peringkat sarjana di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama Presiden Biasiswa Panasonic Co Ltd, Kazuhiro Kawano dan Pengarah Panasonic Management Malaysia Sdn Bhd, Toshiro Okamoto.
Beliau berkata, empat syarikat PKS Jepun itu yang menjalankan perniagaan aluminium, tenaga hijau dan pertanian, dijangka memuktamadkan cadangan perniagaan tahun depan.
No comments:
Post a Comment