MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(Mosti) menyasarkan untuk melahirkan 10,000 usahawan atas talian
(online) dalam kalangan siswazah melalui program barunya, Ebiz1Malaysia.
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ebiz1Malaysiasediaruanguntuksiswazah/Article/index_html
Published: January 02, 2013
Ketua Pegawai Operasi Ebiz1Malaysia, Shahabudeen Jalil berkata,
inisiatif terbabit sebenarnya terbuka kepada semua golongan masyarakat
untuk berniaga secara online. Namun begitu, pihaknya memberi
penekanan khusus kepada golongan siswazah bagi melahirkan lebih ramai
usahawan muda dan pelapis bagi masa depan.
“Ebiz1Malaysia
akan menyediakan platform percuma bagi peniaga untuk memasarkan produk
jualan mereka di sebuah portal khas yang disediakan dan kita juga mahu
lebih ramai lepasan siswazah yang memilih untuk menjadi usahawan melalui
inisiatif ini.
“10,000 usahawan siswazah online ini juga akan dibekalkan kit
usahawan berupa modul pembelajaran, DVD teknik membuka kedai online
serta baju-T ebiz1Malaysia untuk mempromosikan portal berkenaan,”
katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
Menurutnya, bagi
merealisasikan impian ini, Mynic dengan kerjasama Kementerian Pengajian
Tinggi, dijangka mengadakan pameran bergerak bagi melantik dan melatih
2000 siswazah yang akan bertindak sebagai Duta Ebiz1Malaysia.
Shahabudeen berkata, duta yang dilatih ini akan mendidik pula rakan
mereka mengenai kelebihan menggunakan portal berkenaan untuk menjana
pendapatan secara sampingan.
No comments:
Post a Comment