Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TERAJUteliti69permohonan/Article
Published: October 09, 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, inisiatif dana itu bertujuan menggalakkan projek sektor swasta yang berimpak tinggi oleh syarikat Bumiputera.
“TERAJU sedang meneliti semua permohonan ini bagi memastikan ia memenuhi syarat ditetapkan. Setakat ini lapan projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) Bumiputera sudah diperakukan,” katanya menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) di Dewan Rakyat, semalam.
210 terima biasiswa YPBB
Nor Mohamed juga berkata, seramai 210 pelajar dipilih untuk menerima biasiswa melalui Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPBB).
Katanya, yayasan itu bukan sekadar membiayai pelajar cemerlang, malah turut diperluaskan kepada pelajar luar bandar di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan golongan masyarakat Penan yang mendapat keputusan baik.
“Kita tahu dalam kepayahan mereka tinggal dalam keadaan daif dan terpaksa berjalan jauh ke sekolah termasuk pendapatan ibu bapa rendah, mereka mampu mencapai keputusan seperti 5A, 6A atau 7A.
“Justeru, melalui yayasan ini kita mencari pelajar yang mempunyai potensi bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian pada peringkat tinggi,” katanya.
Bantu pembiayaan
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Abdul Manan, Nor Mohamed berkata, kerajaan sedang mengenal pasti 150 syarikat Bumiputera di bawah program Syarikat Bumiputera berprestasi Tinggi (TERAS) untuk mendapatkan projek dalam tempoh singkat selain membantu mendapatkan pinjaman modal.
“Bukan mudah untuk memberikan projek kepada setiap syarikat ini dalam masa singkat. Bagaimanapun kita akan membantu mereka dari segi bantuan pembiayaan dengan mewujudkan program pembiayaan TERAS dengan kerjasama SME Bank berjumlah RM500 juta,” katanya.
No comments:
Post a Comment