Monday, October 8, 2012

Perluas operasi perdagangan elektronik

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perluasoperasiperdaganganelektronik/Article/index_html

Published: October 08, 2012

PENYEDIA perkhidmatan pembayaran elektronik, MOLPay Sdn Bhd (MOLPay) mengumumkan pakatan strategik bersama syarikat inkubator pembangunan usahawan teknologi, MAD Incubator dalam usaha memperluas operasi perdagangan elektronik di negara ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Eng Shen Guan berkata, kolaborasi itu bakal memudahkan syarikat tempatan menjual produk dan perkhidmatan secara dalam talian sekali gus memperkembangkan operasi perniagaan mereka.

“Platform ini menyediakan pelbagai kemudahan pembayaran dalam talian seperti kad kredit, perbankan dalam talian, e-wallet dan terbaru pembayaran fizikal menerusi kiosk serta kedai serbaneka yang lebih cepat dan selamat.

“Melalui kerjasama ini, kami menyasarkan mempunyai 3,500 usahawan dalam talian menjelang penghujung tahun 2012,” katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama MAD Incubator di Kuala Lumpur baru-baru ini.

No comments: