Monday, October 8, 2012

Anjur pertandingan cadangan perniagaan

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Cabaran PUNB Biz Plan 2012, terbuka kepada golongan muda berusia 18 hingga 25 tahun.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121008/ek_05/Anjur-pertandingan-cadangan-perniagaan
Published: October 08, 2012

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Dzulkifli Fadzilah berkata, rasional untuk PUNB menganjurkan pertandingan ini adalah untuk memastikan lebih banyak golongan belia mampu memberikan pelan perniagaan terbaik untuk diketengahkan.

''Seperti yang kita ketahui golongan muda masih segar dan idea yang mereka mungkin merupakan sesuatu yang baru serta sesuai dilaksanakan.

''Dengan tawaran ganjaran menarik, mungkin akan ramai yang bakal memberikan pelan perniagaan lebih kreatif kerana 'darah muda' selalunya bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara,'' katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Tambah Dzulkifli, idea asal untuk menganjurkan pertandingan itu adalah dari Pengerusi PUNB, Khairy Jamaluddin yang mahukan belia terutama bumiputera terus terlibat dalam dunia perniagaan.
''Kita akui telah banyak program seumpamanya di luar sana, tetapi apa yang menarik PUNB mempunyai cara tersendiri untuk membantu mereka merealisasikan hasrat perniagaan.
''Bagi penyertaan yang tidak memenangi cabaran ini, mungkin PUNB akan menyerapkan mereka ke dalam skim-skim sedia ada,'' jelasnya.

Dzulkifli berkata, pertandingan tersebut yang memerlukan peserta menyerahkan cadangan perniagaan itu merupakan kerjasama antara PUNB dan Kementerian Pengajian Tinggi bermula pada 18 September lalu hingga 15 November hadapan.
PUNB menyasarkan kira-kira 200 penyertaan yang terbuka kepada pelajar bumiputera institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau politeknik dan orang awam yang sedang bekerja atau bekerja sendiri.

Penyertaan adalah dalam bentuk individu atau berkumpulan maksimum tiga orang.
Pertandingan itu menawarkan hadiah sebanyak RM30,000 bagi juara, RM20,000 tempat kedua, RM15,000 untuk tempat ketiga dan masing-masing RM10,000 untuk tempat keempat dan kelima bagi kedua-dua kategori.
Syarat-syarat pertandingan boleh didapati di www.punb.com.my.

No comments: