Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sme-corp-korea-teruskan-kerjasama-1.170486
Published: Jun 14, 2013
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim (kiri)
dan Cheol-kyu bertukar dokumen perjanjian kerjasama sambil
disaksikan Mohamed Al Amin (tengah).
“Hubungan SME Corp dengan Korea bermula pada 1998 melalui program kerjasama dua hala dengan Perbadanan Perniagaan Kecil dan Sederhana Korea (SBC) bagi meningkatkan pengetahuan PKS di Malaysia dalam kemahiran pengurusan dan teknologi pengeluaran,” katanya dalam ucapan pembukaan Persidangan PKS Asean-Korea 2013 di Kuala Lumpur, semalam.
Menurut beliau, persidangan itu diyakini akan meningkatkan pemahaman dan kerjasama antara komuniti perniagaan di negara Asean dengan Korea dan dapat membantu peserta PKS mendapat maklumat corak perniagaan terkini dan amalan perniagaan terbaik di Korea.
Sementara itu, Presiden SBC Park Cheol-kyu dalam ucapannya berkata, Korea akan terus memfokus kepada pasaran Asean yang mempunyai potensi pertumbuhan tanpa had di sebalik krisis ekonomi global.
“Asean adalah rakan dagang kedua terbesar bagi Korea dengan jumlah dagangan dijangka mencecah AS$150 bilion (RM472 bilion) pada 2015.
“Persidangan ini pastinya memberi manfaat kepada PKS yang mahu menaikkan pertumbuhan perniagaan mereka," katanya.
Persidangan yang sebahagiannya ditaja oleh kerajaan Korea itu diadakan serentak dengan Pameran Tahunan PKS – SMIDEX 2013 yang bermula semalam dan berakhir esok.
No comments:
Post a Comment