Friday, June 14, 2013

PKS cemerlang dilayan istimewa

PERUSAHAAN kecil dan sederhana (PKS) yang menerima sijil kecemerlangan 1-InnoCERT dari SME Corporation Malaysia (SME Corp) boleh menikmati pelbagai keistimewaan dan bantuan kerajaan melalui Dasar Lorong Hijau.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pks-cemerlang-dilayan-istimewa-1.170954
Published: Jun 14, 2013

PKS cemerlang dilayan istimewa
         Mohamed Al-Amin

Pengerusi SME Corp, Datuk Ir Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata, melalui dasar itu, PKS yang diiktiraf di bawah program 1-InnoCERT diberikan keutamaan akses kepada kontrak kerajaan, bantuan kewangan, insentif cukai dan kemudahan mengikut keperluan syarikat.

“Sehingga kini, 11 syarikat telah mendapat lebih RM130 juta bantuan kewangan melalui Dasar Lorong Hijau,” katanya pada majlis penyampaian sijil 1-InnoCERT kepada 26 PKS sempena Pameran Tahunan PKS – SMIDEX 2013 di Kuala Lumpur yang berakhir hari ini.

Program 1-InnoCERT diperkenalkan SME Corp bagi mengiktiraf syarikat PKS yang inovatif melalui kerjasama dengan badan pemeriksa pensijilan Malaysia, Sirim QAS International bagi memastikan setiap penerima 1-InnoCERT memenuhi kriteria ketat yang ditetapkan.

Menurut Mohamed Al Amin, kebanyakan PKS yang menerima 1-InnoCERT adalah dari sektor pembuatan sementara penerima dari sektor lain seperti teknologi maklumat dan perkhidmatan semakin meningkat.

Selain itu, Mohamed Al Amin berkata, SME Corp dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Persatuan Bank Malaysia turut memberi peluang kepada syarikat yang memperoleh sijil 1-InnoCERT untuk membentangkan cadangan perniagaan mereka kepada bank bagi mendapatkan bantuan kewangan.

Beliau menambah, sejak 1-InnoCERT diperkenalkan pada 2010, sebanyak 166 syarikat telah menerima pengiktirafan itu dan kumpulan ini telah berjaya mendapatka

No comments: