Thursday, June 13, 2013

26 PKS Peroleh Persijilan 1-InnoCert Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- SME Corp Malaysia telah memperakui 26 perusahaan kecil dan sederhana tempatan (PKS) dengan 1-Persijilan Inovasi bagi Penarafan Enterpris dan Program Transformasi (1-InnoCERT) tahun ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Iktiraf26syarikatPKS/Article/index_html
Published: Jun 13, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130612/ek_17/26-PKS-peroleh-sijil-1-Inno-CERT-tahun-ini
Published: Jun 13, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=955694
Published: Jun 13, 2013

Pengerusi Datuk Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata sejak 2010, 166 PKS tempatan telah memperoleh persijilan 1-InnoCERT.

"Setakat bulan lepas, 90 syarikat telah berjaya mencapai kelayakan kriteria 700 mata yang ditetapkan oleh program persijilan 1-InnoCERT dan daripada jumlah ini, 26 syarikat adalah kemasukan baharu," kata beliau kepada pemberita selepas majlis penyampaian 1-InnoCERT di sini Rabu.

Mohamed Al Amin berkata syarikat yang diperakui dengan 1-InnoCERT mendapat manfaat Polisi Laluan hijau, yang memberikan mereka akses keutamaan kepada pemerolehan kerajaan, bantuan kewangan, insentif cukai dan pemudahan mengikut kemudahan.

"Selain daripada Polisi Laluan Hijau, SME Corp dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Persatuan Bank Malaysia telah menyediakan platform untuk syarikat-syarikat 1-InnoCERT kemukakan cadangan mereka kepada bank-bank untuk bantuan kewangan.

"Setakat ini, RM6 juta telah diluluskan di bawah usaha bersama ini," katanya.

Mohamed Al Amin berkata sejak pengenalan skim persijilan 1-InnoCERT pada 2010, syarikat-syarikat yang diperakui telah mula menunjukkan peningkatan dari segi keuntungan, prestasi perniagaan, jumlah pekerja dan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan.

Beliau berkata yang 28 syarikat dengan persijilan 1-InnoCERT setakat ini telah memenangi kontrak bernilai RM382.5 juta untuk pelbagai projek dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan perbadanan multinasional.

"Jumlah potensi jualan PKS dengan perniagaan yang berkaitan dengan syarikat-syarikat mega seperti Boeing, BAE Systems dan MRT Corp telah mencecah RM37.5 juta," kata beliau.

1-InnoCERT ialah program persijilan yang diadaptasi dari model Korean Innobiz.

Fungsi terasnya ialah mengenal pasti, memperakui dan mengiktiraf PKS inovatif menerusi proses persijilan yang ketat dan sengit untuk membolehkan SME Corp menyediakan bantuan yang lebih cekap, yang disesuaikan kepada keperluan PLS.

Terdahulu, dalam ucapannya di majlis Persidangan PKS Asean-Korea, Mohamed Al Amin berkata persidangan itu diadakan untuk mengambil kelebihan daripada Perjanjian Perdagangan Bebas antara Asean dan rakan-rakan dialognya.

"Persidangan tahun ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan kerjasama antara ahli-ahli komuniti perniagaan dalam lingkungan Asean dan Korea," katanya.

-- BERNAMA

No comments: