Wednesday, June 12, 2013

Rumusan TM untuk PKS

PETALING JAYA 11 Jun - Telekom Malaysia Bhd. (TM) hari ini melancarkan penyelesaian perniagaan terbaharunya, Rumusan Hiburan Hospitaliti (Hospitality Entertainment Solution) yang direka untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TMlancarpenyelesaianperniagaanbaru/Article/index_html
Published: Jun 12, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130612/ko_01/Rumusan-TM-untuk-PKS
Published: Jun 12, 2013

Ia turut disasarkan kepada pengurusan bangunan dengan jumlah penghuni yang ramai khususnya hotel, pengusaha dan pemilik resort, hospital, apartmen dan kondominium.

Rumusan terbaharu itu merupakan pakej yang terdiri daripada penyelesaian jalur lebar dalam bangunan (in-building broadband solution - IBS), perkhidmatan IPTV TM-HyppTV dan perkhidmatan pusat panggilan.

Naib Presiden Eksekutif TM (PKS), Azizi A. Hadi berkata, dengan rumusan perniagaan itu, para pelanggan dapat menumpukan kepada aktiviti harian terasnya dan menyerahkan operasi teknikal penawaran kepada TM.

"TM sentiasa komited untuk memperkasakan PKS Malaysia dan berhasrat menjadi rakan penyelesaian pilihan di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas melancarkan Rumusan Hiburan Hospitaliti dan TM SME BizFest.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden Eksekutif Media Baru, Jeremy Kung dan Naib Presiden Negeri TM Selangor, Datuk Zaini Maatan.

Katanya, pada tahun lalu, jumlah pelanggan adalah sebanyak 485,000 turut meningkat kepada 510,000 selepas penganjuran TM SME BizFest 2012 .

"Kita juga menjangkakan jumlah pelanggan turut meningkat setelah pelancaran perkhidmatan Rumusan Hiburan Hospitaliti. Selain itu, kita menyasarkan 10,000 peserta dari komuniti SME di Malaysia menyertai TM SME BizFest 2013.

"Lokasi seterusya adalah di Kuching, Sarawak dan ini merupakan kali pertama TM mengadakan pameran itu di sana dan berharap mendapat sambutan yang baik daripada SME di sana," katanya.

No comments: