Tuesday, June 11, 2013

Might-Meteor Jalin Pakatan Dengan Firma Korea Untuk Tingkat Produktiviti PKS

MIGHT-METEOR Advanced Manufacturing Sdn Bhd (Might-Meteor) menyasarkan penyertaan 100 syarikat yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam program latihannya, ‘Coaching For You @SME’ menjelang akhir tahun ini.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sasar100syarikatPKS_GLC/Article
Published: Jun 11, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013061100002420130611000024/Article/index_html
Published: Jun 11, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130610/ek_09/Sasar-100-usahawan-dilatih-syarikat-Korea
Published: Jun 11, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130611/ek_02/Usaha-tingkat-PKS-tempatan
Published: Jun 11, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=955074
Published: Jun 11, 2013

Sasar 100 syarikat PKS, GLC
Jasmin (dua dari kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan 
Sook Hong di Kuala Lumpur, semalam sambil disaksikan Hafsah (dua dari kiri).

Might-Meteor sedia program latihan dari Korea bantu pacu perniagaan

Pengarah Urusannya, Jasmin Baba berkata program yang dijalankan dengan usaha sama syarikat Korea Selatan, InCoaching Co Ltd itu diyakini mampu membantu memacu pertumbuhan sesebuah syarikat.
Kami percaya dengan menjadikan budaya organisasi di Korea Selatan sebagai contoh, banyak syarikat tempatan akan lebih maju” Jasmin Baba, Pengarah Urusan Might-Meteor
“Program latihan berkenaan menggalakkan entiti perniagaan untuk mencari potensi kekuatan kakitangan yang ada dan menggunakannya untuk memacu strategi perniagaan.

“Modul latihannya direka khas bagi memenuhi persekitaran pembelajaran yang kondusif dan kami percaya dengan menjadikan budaya organisasi di Korea Selatan sebagai contoh, banyak syarikat tempatan akan lebih maju,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memeterai perjanjian kerjasama antara Might-Meteor dan InCoaching di Kuala Lumpur, semalam.

Kaedah dari Korea

Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim serta pengasas yang juga Ketua Eksekutif InCoaching, Grace Eu Sook Hong.

Buat permulaan, program latihan itu akan berlangsung selama tiga hari dan ia akan disertai oleh 20 syarikat pada siri pertama.

Peserta akan dibimbing mengenai kaedah dari Korea untuk mempercepatkan bakat dan kecekapan kakitangan dalam perniagaan.

Jasmin berkata, program itu akan memberi manfaat ter-utamanya kepada syarikat teknologi tinggi yang terbabit dalam pembinaan kapal, aeroangkasa dan Mass Rapid Transit projek (MRT) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

No comments: